Hari
ini bermula hari pertama berpuasa. Bermulalah era untuk suri rumah
berfikir ligat untuk memasak juadah berbuka dan juga bersahur. Kalau
dulu waktu di pejabat, waktu rehat jari ligat mencari di internet apa
resipi yang bagus-bagus untuk dimasak untuk berbuka nanti.
Sepatutnya
di bulan Ramadhan, kita lagi dapat berjimat kerana tidak makan tengah
hari. Hanya makan waktu malam dan sahur pun makan hanya setakat melapik
perut. Tetapi agak menghairankan, bulan Ramadhan lagi banyak kita
berbelanja.
Bagi
kami sekeluarga, berbuka hanya ala kadar sahaja. Untuk berbuka, paling
banyak lauk yang saya sediakan adalah 2 lauk sahaja, sama seperti
hari-hari lain. Tiada yang istimewa di waktu berbuka sehingga kita
perlu menyediakan berjenis-jenis lauk sedangkan yang kita makan adalah 2
lauk sahaja. Yang afdal adalah menyediakan kurma untuk berbuka dan
sedikit juadah lain.
Sudah
3-4 tahun juga saya amalkan untuk tidak membazir. 2 tahun lepas,
memang saya kawal agar tidak pergi ke bazar Ramadhan untuk membeli.
Alasannya, pertama kerana harga agak mahal dan tidak sepadan dengan
rasa. Kedua, kerana saya ingin menjaga agar tiada pembaziran berlaku.
Apabila pergi ke bazar, macam-macam hendak dibeli terutamanya bila
membawa anak-anak. Tetapi akhirnya, ke tong sampah juga perginya
juadah-juadah tersebut.
Saya
hanya akan pergi ke bazar apabila saya terpaksa pulang lewat dari
pejabat ataupun pada hari itu si adik yang masih baru mula berlatih
puasa membuat ragam. Jadi, untuk memujuk saya atau en suami akan
singgah dan beli 1 juadah yang dia terasa ingin makan. Dengan cara itu
dia akan bersemangat untuk puasa.
Untuk
bersahur pula, saya akan panaskan lauk lebih berbuka atau saya akan
goreng ikan sahaja dan makan dengan nasi panas bersama pencicah. Lauk
kegemaran anak-anak di waktu sahur adalah Ikan Garam, memang sudah
menjadi lauk turun temurun dihidangkan oleh arwah mak di waktu Ramadhan
(sayu hati teringatkan arwah).
Kadang-kadang,
selang selikan dengan buat roti goreng celup telur. En suami memang
tidak makan banyak untuk bersahur, kadang dua tiga suap sahaja, buat
syarat. Along dan angah memanglah berselera bersahur. Adik langsung
tidak makan, hanya minum milo.
Moga pada Ramadhan tahun ini, kami dapat mengekalkan kesederhanaan seperti tahun-tahun lalu. Moga kita sama-sama mendapat keberkatanya insyaallah.
Jus kurma plus kismis sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik.
Moga pada Ramadhan tahun ini, kami dapat mengekalkan kesederhanaan seperti tahun-tahun lalu. Moga kita sama-sama mendapat keberkatanya insyaallah.
Pakej yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kismis dan kurma boleh dimakan ketika bersahur.
Kismis dan kurma boleh dimakan ketika bersahur.
Jus kurma plus kismis sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik.
Boleh diambil dua kali sehari iaitu ketika bersahur dan
malam.
Sesuai untuk diberi kepada anak-anak.
Terus diminum begitu sahaja
menggunakan sudu atau dibancuh dengan segelas air.
Pakej Sunnah Famili 1
Jus kurma plus kismis - RM26
1kg kurma maryami- RM52
1kismis basah - RM35
Harga RM113
Kos pos semenanjung - RM16
Kos pos sabah sarawak - RM30
Jus kurma plus kismis - RM26
1kg kurma maryami- RM52
1kismis basah - RM35
Harga RM113
Kos pos semenanjung - RM16
Kos pos sabah sarawak - RM30
pm Aishah Hussein atau terus bayar di http://produksunnahshoppe.blogspot.com/p/blog-page.html
No comments:
Post a Comment