Alhamdulillah. Selamat berhujung minggu.
Moga dipermudahkan segala urusan buat rakan-rakan di luar sana.
Inshaallah, hari ini akan bergerak ke pantai timur. Menemani suami menjalankan tugas. Kali terakhir ke sana rasanya Hari Raya Puasa. Sudah terbayang-bayang nasi dagang Mok Su dan sata di Tanjung Lumpur. Tiba-tiba rindu masakan arwah mak :(
Walaupun hujung minggu ini bercuti bersama keluarga tetapi kelas online berjalan seperti biasa. Selagi ada talian internet, tiada masalah untuk protege menghubungi saya. Coaching online sepanjang masa.
Kelebihan dapat melakukan schedule post di blog dan fanpage juga memudahkan saya untuk bercuti dengan tenang. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang dipelajari sepanjang bulan Januari ini. Moga saya dapat berkongsi ilmu ini kepada orang lain satu hari nanti :)
Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html
Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.
Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.
Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen.
Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.
Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog.
Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.
Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Jika berminat hubungi saya:
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
atau
Klik terus sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
No comments:
Post a Comment