Alhamdulillah.
Masih diberi ujian sakit gusi. Sangka saya lepas cabut gigi, kesaktian akan hilang. Sebaliknya masih menahan denyutan-denyutan sakit di gusi yang sekajp datang sekejap ok. Allahu Akbar. Moga ujian yang Allah beri ini hanya akan lebih mendekatkan diri saya kepada Allah.
Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataan bekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan.
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.
Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.
2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.
Kami menawarkan kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.
Untuk keterangan lanjut sila ke http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
No comments:
Post a Comment