Monday, January 20, 2014

Muffin pisang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Hari ini sempat lagi membuat beberapa entri di blog dan dan juga membuat jadual untuk fanpage seperti yang ditugaskan oleh sifu di kelas online.

Cuti tiga hari tetapi sekejap sahaja sudah hari Isnin esok. Cepat sangat rasanya masa berlalu.  Saya selalu memohon kepada Allah agar Dia rancangkan masa agar saya dapat seimbangkan masa saya untuk hal dunia dan juga akhirat.  Allahu Akbar.  Penat rasanya jika saya sendiri yang membuat jadual dan tidak disiplin mematuhi jadual sendiri.  Perlu ada kekuatan dari Allah untuk membantu menyusun jadual saya.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Muffin Pisang yang sedap (syok sendiri lah ya).  Tapi resipi ini memang menghasilkan muffin yang lembut dan gebu serta lembap.  Walaupun ia menggunakan teknik yang mudah.

Kalau ada pisang lebih di rumah, bolehlah mencuba resipi ini.  Resipi ini saya ambil dari Chef Hanieliza di forum Cari satu ketika dulu.  Saya ubah sedikit resipi untuk sesuaikan dengan selera kami.

Muffin Pisang

Bahan-bahan
Bahan basah
4-5 biji Pisang montel (untuk dapatkan 2 cawan pisang yang sudah dilenyek)
1 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur
1/4 cawan susu

Bahan kering
2 cawan Tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh baking soda
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca teh garam

Tambahan: 3/4 cawan coklat cip

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan basah dalam satu bekas.
2. Ayak bahan kering, kemudian masukkan coklat cip jika suka.
3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.  Kacau rata.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang sudah disusn dalam tray muffin.
5. Bakar dengan suhu 190C selama 23-28 minit.  Suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing.

**Resipi menghasilkan 12 biji muffin bersaiz sederhana.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...