Wednesday, January 22, 2014

Semuanya di hujung jari

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah setelah 3 bulan tidak dapat menatap wajah Along, semalam akhirnya dapat berborak-borak melalui skype.  Bersyukur kerana broadband along dah ok.  Dapatlah kami hilangkan rindu kami kepada along untuk sementara waktu.  Kalau zaman dulu, hanya surat menghubung ibubapa dengan anak.  Tetapi kini semua zaman di hujung jari.  Antara hendak dan tidak sahaja.

Sama juga dengan bisnes online.  Ada gajet, laptop atau komputer dan talian internet sudah boleh bisnes.  Tidak perlu tunggu cukup modal.  Banyak tawaran bisnes yang tidak memerlukan modal antaranya dropship.  Yang penting ada kesungguhan.  Inshaallah boleh berjaya.

Sumber: http://nadraamat.blogspot.com/
Sebelum ini saya pernah ada blog, tetapi blog itu saya biarkan sehingga bersawang dan akhirnya saya tak pernah buka lagi. Bila saya mula belajar berniaga secara online, saya cuba buat blog semula. Tetapi saya tidak berpuas hati kerana banyak yang saya tidak tahu. Walaupun saya selalu mencari toturial yang dikongsikan dalam internet. Saya dapat rasakan blog saya banyak kekurangan. Pernah juga saya terfikir ingin mengupah orang profesional untuk buat blog, tetapi kos agak tinggi. Lagipun,saya memang nak belajar membuat blog sendiri.

Bila saya nampak iklan tentang kelas penulisan dan asas blog, saya terus menyertainya. Saya rasakan inilah peluang terbaik untuk saya tambahkan pengetahuan tentang blog. Tambahan lagi, kelas di buat secara online. Jadi mudah untuk saya mengikutinya walaupun jauh di Semenanjung sana dan saya di Sabah. Setiap hari saya boleh bertanya soalan kepada cikgu, dan masa adalah fleksibel. Pada permulaannya,cikgu telah memberikan soalan analisa tentang latar belakang, pengalaman, kerjaya, minat dan matlamat. Kemudian e-book asas blog dalam bentuk blog diberikan untuk dibaca, rupanya memang banyak yang perlu dibelajar, terutamanya cara dan teknik penulisan yang baik. Selepas membaca e-book tersebut, tugasan akan diberikan. Saya masih baru belajar, tugasan saya pun masih belum selesai iaitu penulisan 44 entri. Tetapi, saya sudah ada keyakinan untuk menulis, walaupun Saya tidak ada pengalaman dalam penulisan. Masih banyak yang saya tak tahu dan perlu dibelajar. Insyaallah, saya akan habiskan pembelajaran ini.

Barulah saya faham, saya bukanlah seorang yang boleh belajar dengan menggunakan toturial atau dengan pembacaan buku sahaja. Saya perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan. Semoga cikgu Wani dan Puan Masayu terus memberi bimbingan. Dan para wanita diluar sana yang ada minat untuk belajar cara asas blog, bolehlah sertai kami di kelas belajar asas blog.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.  Kalian juga kan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlua keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari.  Samad sepenuh masa atau secara sambilan.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...