Thursday, January 2, 2014

Bekalan untuk anak-anak

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Misi untuk menyediakan bekalan untuk anak-anak berjaya.  Semangat awal tahun :)

Baki Nasi ayam tengah hari masih banyak berlebih.  Untuk mengelak pembaziran, simpan elok-elok dan masakkan Nasi Ayam Goreng untuk dijadikan bekalan ke sekolah.  Dan ibu juga boleh tumpang makan untuk sarapan dan tengah hari.  Teringat ketika bekalkan nasi ayam goreng kepada adik tahun lepas, bila petang dia komen "sedap sangat nasi goreng ibu, tak cukup sebab saya kongsi dengan kawan.  Nanti ibu buat lagi ya."

Jadi pagi ini mereka bawa air kosong dan Nasi Ayam Goreng, bukan Nasi Goreng Ayam ya. Berbeza walaupun nama nya hampir sama.

Ini baru sehari.  Bila sudah masuk seminggu bukan sahaja semangat untuk menyediakan bekalan mula longlai tetapi idea untuk menyediakan hidangan juga sudah ketandusan.

Ini senarai hidangan yang saya cuba senaraikan untuk panduan.  Dapat dalam 14 menu sudah boleh pusing-pusingkan untuk sebulan.

1. Nasi goreng
2. Nasi Putih dan lauk (Ayam/Ikan/Daging/Telur Mata Kerbau/Telur Dadar)
3. Muffin
4. Penkek
5. Cekodok (Jagung/Ikan bilis/Pisang/Kurma)
6. Roti Goreng Celup Telur
7. Sandwic (Telur/Tuna)
8. Mihun goreng (yang ini si adik tidak berapa gemar)
9. Mi Goreng
10. Sphagetti
11. Makaroni Goreng
12. Makaroni Bakar
13. Nasi Goreng Planta bersama lauk (Ayam/Ikan/Daging/Telur Mata Kerbau/Telur Dadar)
14. Nasi Lemak
15. Kuih Tradisional
17. Paling sempoi pun biskut oreo dan susu coklat dutch lady.
18. Cereal dan susu
19. Roti Coklat Gardenia dan air susu coklat dutch lady.
20. Nugget atau drummet Goreng -hanya apabila sudah tidak ada pilihan atau terbangun lambat :)

Cukup dulu senarai.  Jika teringat atau ada cadangan dari rakan-rakan akan ditambah ke dalam senarai.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Normi seorang ibu bekerja di rumah berkongsi dengan saya..
"Cabaran yang sukar adalah apabila anak asyik berkepit dengan kita. Berilah mereka
apa sahaja mainan, aktiviti, masih juga mahu duduk bersama kita. Jika mengadap
komputer, mereka juga mahu sama menulis blog."

Ok, kita kembali semula apa tujuan asal untuk kita kembali berada di rumah. Sudah tentu
imbangan keluarga dan kerjaya. Anak-anak adalah antara kriteria pertama yang kita jadikan
alasan. Untuk mengurus mereka. Tidak lagi perlu hantar ke pengasuh atau di bawah
tanggungjawab pembantu rumah.

Penyelesaiannya adalah bekerja di rumah. Cabarannya bagaimana pula untuk menangani dan
mengurus anak-anak, baca lagi perkongsian selanjutnya dalam ebook super wahm super mom ;)

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com
Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM150.
Untuk pembelian
PM Facebook: aishah.hussein7
atau bayar di sini untuk pilihan kelas http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
**Bagi yuran RM300 untu kelas 5 dan 6 akan diberi PERCUMA kelas urus akaun untuk bisnes kecil.

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di:
PM Facebook: aishah.hussein7
atau bayar di sini untuk pilihan kelas http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...