Sunday, January 26, 2014

Dalam hati cikgu ada bunga

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi Azian Hamid dan peribadi

Alhamdulillah. Sejak semalam bersiaran dari bumi Kuantan.  Terima kasih Allah kerana masih boleh bersiaran walaupun kadang-kadang talian agak lemah.  Coaching kelas online blog berjalan seperti biasa.

Sebenarnya saya rasa seronok malam tadi.  Petang semalam dapat mesej dari protege Azian Hamid minta saya semak entri terbaru beliau.  Malam baru sempat buka di laptop dan apabila disemak rupa-rupanya beliau telah membuat entri berkaitan dengan berita baik tentang prestasi blog beliau :)

Apabila kita menjadi cikgu, tiada yang lebih menyeronokkan apabila anak murid mencapai kejayaan demi kejayaan.  Ini adalah hasil semakan beliau sendiri:

Foto: Azian hamid

Di bawah ini pula adalah yang saya sendiri buat carian google, untuk kepastian.  Alhamdulillah memang betul blog Azian duduk paling atas dengan carian tajuk blog beliau Panduan Cross stitch dan Mengait.  Saya sendiri tidak menyangka kerana Azian baru sahaja mula membina blog dalam masa 2 minggu. Dengan komitmen dari Azian sendiri yang sentiasa membuat entri di blog sebagaimana yang diajar di dalam kelas, memang mudah untuk mencapai "ranking" seperti ini.  



Selepas itu saya terus menyemak blog protege yang lain. Saniah Mat Sanat juga sudah berjaya berada di carian google dengan carian tajuk blog Kahwin Muda dan Tips Rumahtangga.  Dan ada beberapa lagi blog protege yang saya akan update di entri lain.  Terima kasih Allah kerana membantu pelajar-pelajar di akademi ini.  Moga dengan bantuan yang kecil dari saya ini membantu mereka agar lebih sukses dalam bisnes mereka.  Ini baru sahaja permulaan.  Perjalanan masih jauh dan perlu fokus untuk terus sampai ke destinasi masing-masing.



Pendaftaran kelas-kelas online masih dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...