Rezeki tidak akan datang bergolek. Semuanya kena usaha, tetapi sebelum usaha rujuklah kepada CEO kita dulu. Hantar proposal dan mohonlah petunjuk yang mana satu pilihan terbaik untuk diusahakan. Dengan cara itu kita tidak akan banyak buang masa. Buat keputusan dan boleh teruskan perjalanan kita dengan tenang.
Memang akan ada liku-liku di dalam perjalanan tetapi kita akan mampu menempuhnya dengan jiwa yang tenang kerana pilihan itu adalah pilihan Allah. Capailah keredhaan Allah dan tentunya kita akan redha di atas ujianNYA.
Bersyukur di atas rezeki yang diberikan Allah, walaupun tak banyak tetapi sentiasa ada setiap hari. Ya setiap hari, walaupun RM3 saya terima dengan tangan yang terbuka. Niat saya menjual juga untuk gembirakan hati pelanggan. Setiap pelanggan yang datang untuk membeli atau menempah tentu tujuan dia adalah untuk selesaikan masalah mereka.
Contohnya, apabila ada pelanggan ingin menempah brownies, sudah tentulah mereka menempah untuk selesaikan masalah untuk menyediakan juadah untuk majlis mereka. Bukankah itu bermakna kita membantu orang lain menyelesaikan masalah.
Moga dengan niat kita berniaga untuk membantu orang lain akan memberi keberkatan kepada rezeki yang kita cari setiap hari.
Bagi suri rumah yang ingin membina blog dan fan page bagi tujuan mempromosikan bisnes online boleh hubungi saya di https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7
Bagi yang ing kongsi kepakaran boleh daftar di kelas asas blog dan penulisan.
No comments:
Post a Comment