Monday, July 15, 2013

Resipi Ramadhan 3.0

Teks: Aishah Hussein

Sudah 3 hari saya tidak masukkan entri resipi.  Hendak kata sibuk, tidaklah sibuk sangat.  Cuma banyak hal lain yang dibuat.  Tidak sempat untuk upload gambar dan mencatat resipi.  Seperti biasa, saya cuma berkongsi resipi-resipi yang mudah-mudah sahaja yang saya rasa sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja.  Saya pernah menjadi suri rumah yang bekerja dan saya faham keadaan mereka yang berkejar pulang ke rumah untuk memasak terutamanya mereka yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur.

Resipi untuk dikongsi kali ini adalah Tomyam Ayam Kuah Putih dan Roti Santan.

Tomyam Ayam Kuah Putih













Bahan-bahan:
12 ketul Ayam
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
3 ulas Bawang putih diketuk
1 labu Bawang besar
AirTomato
Serai 4 batang
Daun Ketumbar
Cili Padi diketuk
2 biji Limau Nipis
4 helai Daun Limau Purut
1 batang Saderi 
Garam
Sedikit gula


 Cara-cara:
 1.  Didihkan air di dalam periuk bersama bawang putih, lengkuas dan  halia.
 2.  Setelah mendidih masukkan ayam serta garam dan biarkan sehingga ayam kecut.
 3.  Masukkan serai, batang saderi yang sudah dihiris, daun limau purut, cili padi serta daun ketumbar.
 4.  Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan perahkan limau nipis.  Masukkan gula sedikit.
5.  Biarkan menggelegak sebentar dan tutup api.

Pencuci mulut
Roti Santan

Bahan-bahan:
Roti dipotong 4.
Kelapa parut
Gula
Sedikit Garam
Air Suam/ masak untuk memerah kelapa








Cara-Cara
1. Susun roti ke dalam pinggan
2. Kelapa diperah bersama air masak untuk dapatkan santan.
3.  Santan dibancuh dengan gula dan sedikit sahaja garam untuk memberi rasa lemak.
4.  Tuang santan di atas roti yang telah disusun.
5.  Bungkus roti dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan apabila sudah sampai waktu berbuka.

* Sedap dimakan ketika roti telah sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...