Saturday, April 12, 2014

Kelas Akaun Offline, Shah Alam

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Bismillah.
Pagi ini masih tiada bekalan air lagi.  Mujur ada jemputan kenduri hari ini. Moga apabila pulang nanti air sudah ada.



Bagi yang ingin mula bisnes, tidak kira bisnes apa jua.  Pengurusan kewangan sangat penting.  Ada yang buat jualan, duit masuk, masuk tetapi tidak pernah ada rekod.  Pada jangkaan dia, banyak untung.  Tetapi di akhir bulan masih tidak ada duit simpan.  Masih tidak cukup duit untuk nak tambah stok. Tiada duit lebih untuk simpanan.

Ada yang bercerita, duit untung bisnes saya 8 ribu tetapi tidak tahu pergi mana.  Duit bisnes dan duit persendirian tidak boleh dicampur aduk.  Setiap sen yang keluar harus dicatit.  Jika terpaksa guna duit bisnes, ia perlu diganti kembali.
"Alah itu duit aku juga, buat apa nak ganti."  Jadi kalau bisnes tidak pernah ada untung jangan pening-pening pula fikir "mana pergi duit bisnes aku".

Bagi memenuhi permintaanrakan WAHM/SOHO, Akademi Bekerja di Rumah untuk julung kalinya akan menganjurkan kelas asas akaun secara offline.

Kelas akaun secara offline akan diadakan di Shah Alam pada 10 Mei 2014 bertempat di Shah Alam.
Masa: 9pg -5ptg
Lokasi: 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Tempat terhad untuk 50 peserta sahaja.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bagi yang berminat untuk sertai kami
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...