Sunday, November 24, 2013

Kematian itu pasti, waktu nya belum pasti

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.
Hari ini hari spring cleaning. Bantuan Allah berikan melalui keluarga mengemas dan mengelap lantai. Kepenatan seorang suri rumah hilang apabila ada sokongan dan bantuan dari ahli keluarga. Sebagai upah masak nasi ayam untuk mereka :)  Usai makan tengah hari mandi bersihkan diri, sambil-sambil mencuci tandas.  Semasa membuat kerja rumah memang tidak terasa penat tetapi selesai mandi dan duduk di sofa baru terasa longlai.  Tumit pun terasa berdenyut-denyut, kaki juga sudah lenguh.  Terasa lega bila tangan kecil adik memicit-micit kaki.

Untuk minum petang tadi, keropok goreng masih ada lagi.  Buat air teh tarik (si adik dah banyak kali sebut nak minum teh tarik) cicah dengan biskut kering.  Angah makan keropok dengan sos cili Mudim.  Sambil minum sambil melafazkan kesyukuran di hati kerana masih dapat minum petang bersama keluarga.  Walaupun ada yang berjauhan tetapi masih dapat dihubungi(ALong baru sahaja whatsapp bagi tahu sudah selesai exam).

Pukul 1 pagi tadi, terima panggilan dari keluarga en suami memberi khabar yang anak sepupu mereka baru sahaja meninggal dunia, lebih kurang pada pukul 11 malam tadi.  Innalillah.  Baru berumur 30-an meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak kecil.  Meninggal dunia di tempat kerja. Kematian itu pasti tetapi bila masa nya, hanya Allah yang tahu.  Muda atau tua bukan tanda pengukur untuk ke garisan penamat.  Bila tiba masa nya kita akan terus dipanggil.  Sementara masih hidup, buatlah ibadat seolah-olah esok kita akan mati.


Wahai ALLAH, berikanlah kekuatan kepada ku untuk terus istiqomah dalam menjalankan ibadatku kepada MU.  Izinkan bibirku menitip pujian kepadaMU selagi hayat di kandung badan.  Izinkan airmata keinsafan mengalir di pipi ini agar ia dapat menyejukkan bahang api dari nerakaMU.  ALLAH, ALLAH, ALLAH Ya Rabbal A'lamin.

----------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka untuk 4 modul berikut:
1. Klas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.

Kelas online ini sesuai bagi suri rumah yang ingin belajar tetapi sibuk dan ada anak kecil yang tidak boleh ditinggalkan. 

Bagi yang yang ingin belajar "secara face to face" boleh PM untuk belajar secara offline.
Pilih kelas mana yang kalian mahu turut serta. PM saya Aishah Husseinuntuk keterangan selanjutnya


Boleh juga beli ebook Asas blog jika tidak berminat untuk hadir ke kelas.


Harga ebook hanya RM50.  Klik sini untuk bayaran http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...