Bismillah
Permulaan cuaca pagi yang indah. Moga ceria hingga ke petang. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berdoa dan redha di atas pemberian Allah.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah lebih 7 bulan saya berhenti kerja dan menjadi WAHM(Work-at-home-mom). Masih baru dalam dunia ini tetapi dek kerana di kelilingi oleh kumpulan yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada ahli, saya rasa seperti sudah lama menjalankan bisnes online. Perancangan Allah cukup hebat. Siapa sangka saya akan berjumpa dengan rakan-rakan ini, walau hanya di alam maya tetapi rasa sudah seperti lama mengenali mereka.
Ketika permulaan kelas asas blog bersama Puan Masayu, peserta masih tidak ramai. Seramai 10 orang peserta yang ditawarkan pakej kelas bersama terbitan ebook. Tidak ramai yang sampai ke garisan penamat kerana masing-masing ada tuntutan tanggungjawab di pejabat dan keluarga. Namun, antara yang berjaya tamatkan kelas kini ditawarkan jawatan sebagai guru online. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari, ilmu bisnes dan juga penulisan. Bukan sahaja dari pengasas akademi tetapi juga dari rakan-rakan peserta yang lain.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mencurahkan ilmu kepada suri di luar sana untuk sama-sama menjana pendapatan hanya dari rumah. Tidak kira bisnes apa asalkan boleh berada di rumah bersama anak-anak. Semasa saya membuat keputusan untuk berhenti, setiap hari saya memohon petunjuk agar diberi saya peluang untuk berada bersama-sama anak-anak di rumah di samping menjana pendapatan yang berkat. Mohon dilorongkan saya kepada bisnes yang mampu saya lakukan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.
Ramai sebenarnya ibu-ibu yang bekerja ingin berhenti kerja untuk bersama anak-anak dan keluarga tetapi tuntutan dari ekonomi yang tidak kukuh atau sokongan keluarga yang tidak menggalakkan membuatkan impian mereka terhalang. Jadi, nasihat saya mohonlah petunjuk dari Allah dahulu. Inshaallah dengan niat yang murni dan ikhlas untuk berkorban untuk keluarga, Allah akan lorongkan jalan yang mudah untuk kita.
Bagi rakan-rakan yang masih bekerja, usah pula terasa hati di atas laungan kami, kaum WAHM tentang kepuasan kami bekerja di rumah. Tidak bermakna suri yang bekerja di pejabat ibu yang tidak hebat. Malah mereka juga lebih hebat kerana berjaya bekerja di pejabat dan bergegas pulang untuk mengambil anak-anak. Tugas mereka lebih berat sebenarnya, lepas bekerja sambung lagi buat kerja rumah.
Apa yang membezakan adalah kami di rumah ada masa yang fleksibel untuk buat kerja rumah mengikut jadual kami. Tidak pula kami duduk di rumah hanya menonton sinetron. (Sejak saya berhenti kerja, saya tidak ada masa untuk duduk di depan TV menonton satu drama ke satu drama). Malah kami perlu berusaha untuk menjana pendapatan, tidak lagi mengharap gaji dari majikan di hujung bulan. Pukul rata sama sahaja, tiada siapa yang tiada siapa yang kurang. Pilihan untuk duduk di rumah bukan keputusan yang mudah untuk kami buat tetapi atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, kami berdoa agar pengorbanan kami ini diberkati Allah. Doa kami untuk rakan-rakan yang masih berjuang untuk menjadi SAHM(Stay-at-home-mom) atau WAHM, moga Allah permudahkan jalan untuk kalian.
Ramai juga yang PM bertanyakan bagaimana nak sertai Akademi Bekerja Di Rumah.
Untuk sertai akademi, perlu mendaftar di salah satu kelas yang ditawarkan oleh akademi.
4 kelas online berikut ditawarkan:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, facebook dan juga fanpage. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM50 dan seterusnya (tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta). Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Antara ebook bonus yang diberikan semasa mendaftar di kelas.
Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :
email : noraisah.hussein@gmail.com
sms /whatsapp : 013-3837768
add saya di facebook : https://www.facebook.com/aishah.hussein7
Untuk beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/
Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2
Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html
No comments:
Post a Comment