Alhamdulillah. Terima kasih Allah masih memberi nafas kepada saya dan masih mampu untuk terus menulis di blog.
Terima kasih juga kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerja di rumah. Dengan suasana yang selesa dan masa yang fleksibel. Bertahun juga saya memohon petunjuk dari "CEO" untuk menghantar surat perletakan jawatan. Tiada kekuatan dalam diri ini. Ketika itu pergantungan saya lebih kepada material. Cukup ke duit saya nak bayar hutang. Cukup ke seorang sahaja yang bekerja. Belum betul-betul berserah kepada Allah. Walaupun mulut kata saya percaya Allah ada tetapi saya sebenarnya belum betul-betul berserah.
Apabila keadaan saya memang sudah betul-betul tidak larat untuk mengimbangi tugas di rumah dan pejabat, ketika itulah saya betul-betul berserah diri saya kepada Allah. Setiap hari saya memohon petunjuk dan mohon dipermudahkan urusan saya. Ketika itu Allah buka kan jalan untuk saya menjalankan bisnes online. Ketika saya hendak menghantar surat perletakan jawatan juga saya masih merujuk kepada Allah akan tarikh yang betul. Alhamdulillah, memang terasa tenang jika kita betul-betul berserah kepada Allah untuk membuat keputusan. Syukur juga ketika itu saya sudah tidak ada hutang rumah dan kereta. Bagai disusun cantik jalan untuk saya ke arah menjadi WAHM. Ya saya masih lagi baru dalam bidang ini. Saya baru mula untuk menanam pokok-pokok dan membuat landskap di tepi-tepi jalan sambil mencari kayu-kayu yang kukuh bagi membina pondok yang kecil untuk kami sekeluarga hidup bahagia bukan di dunia sahaja tetapi juga di akhirat kelak.
Bagi yang pm dan bertanya bagaimana hendak mula bisnes. Tidak tahu hendak buat apa bila sudah duduk di rumah nanti. Saya nasihatkan pohon petunjuk dari Allah. Istikarah dan betul-betul berserah. Jika niat kita ikhlas untuk bersama keluarga, inshaallah DIA akan tunjuk jalan kepada kita.
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html
Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/
Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html
Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com
No comments:
Post a Comment