Alhamdulillah. Cuaca terang benderang hari ini setelah hujan seharian semalam.
Hari ini puasa ganti, lemau pula rasa badan. Tetapi lemau-lemau pun sempat juga berkebun menanam bawang untuk dapatkan daun bawang. Ini adalah satu lagi minat saya selain dari memasak. Menanam sayur-sayuran. Apatah lagi dengan harga barang yang sana sini sudah naik, memang elok kita bercucuk tanam untuk jimatkan duit belanja dapur.
Pagi semalam suruh si adik kutip sedikit limau kasturi dan sedikit cili api. Masih ada lagi limau kasturi yang masih kecil di pokok. Harapnya minggu depan sudah boleh kutip.
Daun Pudina
Saya semai dari keratan batang. Daun pudina memang jadi kegemaran keluarga. Kami selalu gunakan untuk dimasukkan ke dalam teh O panas ataupun sebagai salad campur. Pokok ini menjadi betul sekarang ini sebab duduk nya di bawah paip air, jadi memang selalu tersiram. Dua pasu di belakang sudah mati. Cadangnya hendak cambahkan ke dalam dua pasu lagi supaya stok selalu ada aje di rumah.
Pokok Malabar Merah (Masih mencari resipi untuk masak).
Yang ini saya tanam melalui keratan batang sahaja. Hidup menjalar, saya tanam dalam bekas mandi anak yang sudah pecah :) Memang menjadi betul pokok ini cuma tunggu masa untuk mencuba. Tidak pernah rasa lagi, beli keratan sebab seronok tengok gambar. Insyaallah akan dicuba untuk masakan.
Anak Sweet Basil.
Saya rasa umurnya dalam 3 minggu. Tunggu masa untuk dialih ke dalam 'rumah" yang lebih besar. Ini saya semai benih dalam kotak susu dutch lady yang saya kerat dua dan ditebuk lubang di bahagian bawah. Saya letakkan dalam bekas aiskrim dan tuang kan air di dalamnya. Biji benih basil cepat hidup jika disemai dengan cara begini. Dengan cara ini benih basil sentiasa mendapat bekalan air, jadi kita tidak perlu risau jika terlupa menyiram semaian.
Baru tadi menyemai benih ketumbar. Ini masih lagi tidak berjaya. Yang paling besar hanya 2 inci besar tetapi selepas dialih mati. Esok bercadang untuk menyemai sawi dan kailan. Jika pandai merancang waktu menyemai, bekalan sayur tidak putus di rumah kita.
Mari kita bercucuk tanam di rumah. Kalau tiada tanah, tanam dalam pasu, baldi yang sudah pecah atau periuk yang sudah bocor. Apabila pokok-pokok itu membesar, ia bukan sahaja menjadi makanan kita tetapi juga menjadi terapi kepada jiwa kita.
Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html
Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/
Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html
Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com
No comments:
Post a Comment