Wednesday, October 9, 2013

Berniaga nak senang aje

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Semalam, sambil duduk-duduk selepas solat teringat pula kisah orang dulu-dulu mencari rezeki dengan berniaga.  Susah mereka ke hulu ke hilir mencari rezeki.  Kita sekarang di hujung jari pun masih malas hendak usaha.

Semasa zaman saya kecil, sekitar tahun 70-an, susah betul orang berniaga.  Saya teringat lagi, kadang-kadang ada perempuan-perempuan berbangsa Cina akan datang ke kampung-kampung dan menjual pelbagai sabun pencuci dan beberapa produk.  Mereka memakai skirt biru dan berbaju putih dan membawa produk hanya dalam bakul rotan.  Sekali pandang macam pengawas di sekolah.  Mula-mula datang memang lah seronok, semua orang nak tengok tapi apabila tiap-tiap hujung bulan datang, makcik-makcik semua dah mula tutup pintu.  Maklumlah, orang kampung bukannya ada duit nak membeli barang selalu.  asal nampak aje kelibat mereka di jalan, terus angkat tangan bagi tanda "tak nak".  Kalau difikirkan memang kesian juga mereka mencari makan berjalan ke sekitar pelusuk kampung. Tetapi kesian juga pada penduduk kampung yang asyik nak membeli.

Gambar Hiasan
Satu lagi peniaga yang cukup terkenal di kalangan ibu-ibu zaman dulu ialah abang-abang pakistan yang menjual kain baju. Mereka ini seperti abang-abang bangla yang menjual karpet atas basikal zaman sekarang. Ingat lagi saya mak dan kakak panggil dia "Janggut" sebab dia berjambang, datang bawa sebondong bungkusan kain baju yang dikendong di belakang motor. Golongan mereka ini memang saya kesian.  Mereka datang bawa baju dan kain ela untuk dijual dan sanggup memberi hutang kepada ibu-ibu di rumah ini.  Ibu-ibu ini bukannya ada pendapatan tetap, hanya mengharapkan pemberian dari suami ataupun berniaga kuih-kuih sikit aje. Kain baju yang dibawa bukanlah fesyen yang terkini, tetapi bagi yang tidak mampu, mereka akan beli aje sebab boleh bayar ansuran.  Bahagian yang paling kesian adalah apabila Janggut datang pada bulan hadapan, Janggut mengharap ibu-ibu ini membayar hutang, sekurang-kurangnya sedikit.  Tetapi ada yang tidak mampu, tidak bayar pun, malah buat lagi hutang baru.  Kadang-kadang ada yang bayar RM2 sahaja, Janggut terima dengan senyuman dan ucapan "Alhamdulillah".  Berlalu dari situ dan teruskan perjalanan ke rumah pelanggan lain untuk menagih hutang.


Sedih bukan.  Jika dibandingkan dengan zaman kita sekarang, kita tidak perlu keluar rumah pun untuk mempromosikan produk.  Bina blog dan fanpage, setiap hari naikkan status atau kongsikan produk di facebook.  Kalau setipa hari buat, tak kanlah tiada seorang pembeli pun yang sangkut. Kalau ada modal lebih, boleh gunakan pengiklanan di fb ads (yang ini perlu pergi menuntut dengan guru, kalau tidak nanti habis duit macam tu aje).

Bagi yang tiada modal pula, konsep dropship menjadi trend sekarang.  Berniaga tanpa modal, hanya promo dan ambil komisen.  Senangnya hendak berniaga sekarang.  Ya, bunyi macam senang tetapi semuanya hendaklah dengan usaha juga.

Janganlah mengharap rezeki datang bergolek.  Sudah bina blog kedai dan fanpage tetapi tinggal bersawang.  Pelanggan datang singgah kedai macam tiada aktiviti berlaku.  "Mana towkey kedai ni?  Sunyi aje".  Kalau anda sendiri pergi ke kedai blog yang sudah 2 bulan tidak update, agak-agak anda akan beli produk dari mereka tak?  Paling kurang, anda akan emel atau sms dia orang tanya.  Kalau tiada respon, alamatnya memang jawapannya "tidak".

Itu lah yang selalu dipesan kepada peserta-peserta di akademi, selalu update entri supaya menarik trafik ke blog.  Dan sebagai peniaga, anda harus berusaha untuk memberi respon kepada pertanyaan pelanggan.  Beli atau tidak adalah urusan Allah kerana yang memberi rezeki adalah DIA.  Jika tidak sekarang, akan datang pelanggan itu akan datang mencari kita kembali untuk produk lain.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM Aishah Hussein utnuk analisa sebelum mula kelas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...