Alhamdulillah, pagi Jumaat penuh barakoh. Hujan renyai-renyai di luar. Tinggal satu minggu lagi ke penghujung Oktober. 25 Oktober, selalunya kalau waktu bekerja dulu tarikh inilah yang ditunggu-tunggu. Sebab gaji nak masuk esok, kadang-kadang dah masuk waktu ni.
Tetapi sekarang ini, tidak perlu tunggu tarikh keramat. Hari-hari adalah hari gaji, jika rajin berusaha. Itulah nikmat mencari rezeki sekarang berbanding dulu. Gaji dapat atas usaha sendiri. Dulu kalau usaha atau tidak usaha, gaji tetap masuk. Sampai hujung bulan sudah beratur kat mesin ATM masuk kad keluar duit. Tetapi sekarang tiada usaha tiada gaji.
Stres ke. Inshaallah jika kita doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, janji Allah itu PASTI. Bohong lah jika saya katakan peniaga online tidak stres. Tetapi selagi kita letak pergantungan kita kepada Allah, yang negatif akan jadi positif. Ceritakan kepada Allah segal-galanya, inshaallah Allah akan sentiasa membantu.
Sejak saya bisnes online banyak nikmat dan kejutan yang Allah berikan. Kadang-kadang saya tidak buat promo di mana-mana pun tapi orang sms atau pm nak beli dan buat bayaran. Buatlah iklan di mana-mana pun jika Allah tidak izinkan, tidak ada satu sales pun yang masuk. Tetapi jika kita dahulukan hak Allah, inshaallah Allah berikan lebih banyak rezeki kepada kita. Disamping berusaha, dekatkan diri dengan Allah dan berserah. Inshaallah DIA akan menjadi "sales promoter" anda.
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM saya Aishah Hussein
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
No comments:
Post a Comment