Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan
Asalnya saya memang tidak pandai baking, tetapi minat yang mendalam dalam bidang ni membuatkan saya mula mencari tutorial mengenai baking dan belajar secara online. Dengan cara 'hands on', saya belajar dan menimba pengalaman secara 'trial dan error'.
Peluang bisnes bermula pada tahun lepas, apabila saya membuat kek harijadi untuk anak saudara. Ramai yang mula bertanya dan ingin membuat tempahan kek dengan saya. Pada September 2012, saya mula berniaga secara online setelah mendapat keyakinan untuk mula menghias kek tempahan dengan dekorasi fondant dan aising.
Saya sangat bersyukur kerana suami menjadi tulang belakang dan bersedia memberi bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kami sekeluarga sedang menanti kehadiran cahayamata yang pertama, suami lah yang akan membantu apabila saya tidak sihat. Setiap kali menerima tempahan, suami akan menolong membuat design template kek dengan menggunakan komputer (kadang kala, design seperti watak animasi perlu ditukar skala mengikut saiz kek yang ditempah).
Pembahagian masa adalah lebih fleksibel berbanding semasa bekerja di pejabat. Dengan bekerja di rumah, saya dapat meluangkan masa bersama suami disamping menjaga ibu yang uzur. Saya juga mempunyai lebih waktu untuk beribadat dan beramal.

Cabaran yang saya hadapi sebagai baker hingga ke hari ini adalah terpaksa berdepan dengan permintaan yang terlalu tinggi dari sesetengah pelanggan. Oleh kerana saya tidak mempunyai kakitangan, permintaan untuk tempahan kek yang memerlukan hiasan yang terlalu 'fancy' sukar untuk saya siapkan. Kek juga tidak tahan lama, jadi setiap tempahan perlu disiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja sebelum hari penghantaran. Bermula dari peringkat membuat kek, persediaan untuk aising dan dekorasi menggunakan fondant, semuanya perlu disiapkan dalam masa tersebut. Pengurusan masa itu sangat penting supaya kerja lebih teratur kerana ia akan mempengaruhi mutu dan hasil kerja.
Matlamat saya adalah untuk mewujudkan pasukan baking saya sendiri. Inshaallah selepas itu saya akan mula mengambil tempahan kek perkahwinan bertingkat yang memerlukan tenaga pembantu yang lebih ramai.
No comments:
Post a Comment