Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Seronok ke jadi WAHM? Orang yang belum jadi WAHM akan fikir keseronokan boleh lepak di rumah aje. Tidak perlu bersesak dalam trafik jam. Tidak perlu kejar deadline. Tidak perlu lagi pergi ke tapak projek dan melayan kerenah klien atau kontraktor yang memeningkan kepala. Satu lagi tidak perlu layan bos yang tidak faham bahasa, asyik semua benda urgent. Semuanya dia nak semalam :)
Bagi saya sendiri, menjadi WAHM memang seronok. Masa kita yang rancang, hendak cuti tidak perlu minta izin dari bos/majikan. Boleh buat bisnes online dan tak perlu duduk depan laptop aje tunggu pelanggan.
Hidup macam biasa tetapi tidak perlu keluar sebelum matahari terbit untuk kejar ke tempat kerja dan tidak pula pulang ke rumah apabila matahari sudah tenggelam. Ini adalah satau kebebasan masa yang sangat-sangat saya hargai sekarang.
Penat betul apabila saya fikirkan kehidupan saya selama 21 tahun dahulu Tetapi tempoh itu lah yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Tidak pernah menyesal, cuma sekarang saya perlu bekerja lebih sedikit untuk mencapai matlamat saya.
Kadang-kadang segan juga apabila menghadiri training, yang hadir semuanya ibu-ibu muda yang baru berumur 30-an dan berjaya sebagai WAHM. Saya sudah separuh abad, baru terhegeh-hegeh hendak mula. Namun, bersyukur Allah beri saya peluang untuk jumpa guru-guru dan rakan-rakan yang hebat dalam perjalanan saya menjadi WAHM. Ilmu yang berharga, tiada nilai yang boleh saya bayar. Hanya doa agar mereka berjaya dunia akhirat.
Untuk mencari ilmu, bukan semuanya percuma. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Kadang-kadang kita perlu laburkan sedikit untuk mendapat ilmu. Bayarannya sedikit tetapi memberi manfaat hingga ke beberapa generasi keluarga kita.
Sumber: Masayu Ahmad

Antara 10 keseronokan ketika mula-mula berhenti kerja.
1. Seronoknya sudha terlepas dari satu bebanan rutin yang berat. Iaitu kesesakan trafik dan tidak punya masa.
2. Seronoknya bersama anak-anak.
3. Seronoknya kerana bebas melakukan apa sahaja.
4. Seronoknya berada di rumah dan punya pejabat sendiri.
5. Seronoknya boleh bercuti-cuti bila-bila masa.
Lima keseronokan ini akan bertukar menjadi tegar.
1. Seronok kerana trafik tidak ada, di datangkan pula trafik cabaran lain. Justeru bersedia mental dan fizikal.
2. Antara kelebihan wahm yang utam juga anak-anak, namun pada masa-masa kesibukan kritikal bijaklah mengurus anak-anak dan kerja.
3. Ya betul bebas melakukan apa sahaja, akan tetapi perlu fokus agar keseronokan melakukan apa-sahaja itu menyebabkan matlamat utama sudah terpinggir.
4. Ya juga seronok berada di rumah sendiri. Untuk mengekalkan aura seronok itu, perlu aktif dan kreatif agar keseronokan pada awalnya bertukar kepada rasa bosan.
5. Sebelum menikmati percutian yang mengujakan, perlulah usaha dan bekerja keras terlebih dahulu. Jangan mabuk dengan cuti-cuti sedangkan pendapatan yang diusahakna belum mencapai sasaran. ;)
Untuk lebih banyak panduan asas, boleh baca dahulu www.janawangdirumah.com
Urus masa urus tenaga-dapatkan ebook super wahm super mom untuk mengetahui realiti cabaran sebenar bekerja dari rumah.
Sumber: Bab 3 ebook super wahm super mom
Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.
Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.
Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.
Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.
Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah.
Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com.
Pakej Wahm Soho- Panduan Mula Bisnes Butik
Harga 3 ebook MR125
Atau boleh daftar di kelas asas blog dan dapatkan penjimatan sebanyak RM75!
Pakej Wahm Soho- Panduan Mula Bisnes Butik
Harga 3 ebook MR125
Atau boleh daftar di kelas asas blog dan dapatkan penjimatan sebanyak RM75!
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM Aishah Hussein untuk pendaftaran atau pembelian Pakej Wahm Soho.
No comments:
Post a Comment