Teks: Aishah Hussein
Ahamdulillah.
Ramadhan Kareem.
Hari pertama Ramadhan. Tadi si adik telefon dari rumah aciknya. Bunyi suara ceria aje. 2 hari lepas, saya dan angah mengimbau kembali kisah adik menunjukkan kerenah hari pertama puasa ketika berumur 6 tahun dan 7 tahun. Yang paling kelakar, siap boleh terbang terbaring di depan pintu dapur sambil menangis kerana Kak Long bertanyakan sesuatu kepada adik. Macam-macam kerenah anak-anak. Itu semua akan menjadi kenangan buat mereka bila dewasa kelak.
Alhamdulillah, adik sudah semakin matang. Malam tadi aje buat-buat lupa bertanya,
"Esok pagi bawa bekal apa ya ibu?"
Ibu jawab aje, bawa lah brownies dengan salted caramel. Nanti boleh pergi makan di kantin dengan rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Senyum aje adik.
Tahun ini, pemandu/pembantu saya tidak pulang bercuti. Dia nak rasa beraya jauh dari keluarga tahun ni. Selalunya Kak Long yang akan mengambil adik-adik dari sekolah tetapi tahun ini, terpaksalah saya yang merempit.
Alhamdulillah juga tempahan juga saya tidak ambil banyak untuk ramadhan ini. Allah bagi peluang untuk luangkan masa bersama Al Quran dan kuliah-kuliah agama. Dan bulan Ramadhan ini juga saya bersama seorang sahabat sudah sertai kelas talaqqi Al Quran. Jadi bertambah padat sikit jadual.
Nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan. Tiada istilah jemu jika tidak bekerja. Kita yang merancangnya dan Allah sebaik-baik perancang.
Saya doakan semoga kita sama-sama dapat mendidik hawa nafsu kita dalam bulan Ramadhan ini agar nafsu kita dapat membawa kita kepada keinginan yang lebih baik di sisi Allah bermula Ramadhan ini. Gunakan 30 hari yang Allah bagi ini sebaik-baiknya.
Untuk petang ini, seperti biasa untuk berbuka, saya hanya sediakan 1 menu asas dan ulam-ulaman dari kebun kecil saya. Andai sempat tambah 1 jenis pencuci mulut.
Menu hari pertama adalah Ayam Bakar Susu. Boleh klik sini ya untuk resipi nya.
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html
atau untuk resipi lain klik label Resipi Ramadhan
No comments:
Post a Comment