Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Semua persiapan dan kelengkapan raya mesti sudah disediakan. Bagaimana pula dengan persiapan Ramadhan kita. Jom buat senarai semak untuk matlamat mencapai Ramadhan yang lebih baik tahun ini. Bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk kerohanian dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Ayuh kita jadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini. Ahlan wa sahlan Ramadhan. Aku ingin menemui engkau Ramadhan. Moga Allah memberi rezeki pada kita untuk menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadhan ini dengan lebih sempurna di mata Allah.
Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada yang saya tulis di sini menyinggung perasaan semua. Saya hanya manusia biasa tetapi saya inginkan pengampunan Allah.
Mari kita juga maafkan dosa orang lain moga dengan itu juga Allah mengampunkan dosa kita kepada Nya.
No comments:
Post a Comment