Friday, March 29, 2013

Pendaftaran premis makanan

Teks : Aishah Hussein

Untuk membuka premis makanan, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Di dalam Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dinyatakan semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan.  Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.

Antara soalan-soalan lazim yang saya petik dari sini:

1.  Saya menjalankan perniagaan katering di rumah. Maka wajibkah saya untuk mendaftar dengan Kementerian Kesihatan?

Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.

2. Kami menyediakan perkhidmatan gudang makanan dan tidak menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan makanan. Mengikut Peraturan terbabit, adakah premis gudang kami dikehendaki berdaftar?
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

3.  Saya menjual nasi lemak dan rojak dengan menggunakan kenderaan lori yang diubahsuai. Di bawah kategori manakah saya perlu berdaftar?

Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
4.  Syarikat saya hanya menjalankan perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan. Adakah saya perlu mendaftarkan Syarikat tersebut?

Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
5. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu gagal untuk mendaftarkan premisnya?

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
6. Berapakah yuran atau fi pendaftaran premis yang perlu dibayar?

Tiada yuran atau fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran premis makanan.
7. Berapa lamakah tempoh pendaftaran sah dan adakah perlu diperbaharui?

Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun. 
Banyak lagi soalan-soalan lazim yang boleh dijadikan panduan.  Sila ke pautan ini.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar premis anda.

Usahawan makanan bolen mendaftarkan premis mereka dengan menggunakan salah satu cara di bawah:
·       menggunakan aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/
     
·       memuat turun Borang Pendaftaran Premis Makanan di laman web http://fsq.moh.gov.my/  (bahagian depan web & klik > BORANG )
  
·       mendaftar premis makanan di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...