Tuesday, December 10, 2013

Tips mudah menyelamatkan wang apabila membeli barangan elektrik

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sewaktu diuji dengan demam, saya juga diuji dengan mesin basuh yang rosak.   Mesin basuh yang baru dibeli tidak sampai setahun sudah rosak.  Memang hangat hati tetapi sebab dalam keadaan demam, hanya biarkan perkara itu.  Tetapi pembantu saya yang setia, angah terpaksalah membasuh kain dengan tangan dan hanya boleh keringkan sedikit demi sedikit kerana mesin tersebut tidak boleh terima lebih dari 5 helai pakaian sewaktu spin.  Sabar ya angah melayan kerenah ibu dan adik di rumah.  Moga Allah membalas budi angah dengan rezeki yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.



Semasa demam, tidak berdaya hendak mencari di mana saya simpan resit pembelian.  Hanya mampu berdoa dan berzikir agar Allah menemukan saya dengan resit tersebut.  Akhirnya setelah kepala pun dah stabil barulah terjumpa.  Mujur tarikh di resit tersebut memang menunjukkan yang mesin basuh masih dalam tempoh warranty.  Ahad petang terus pergi ke kedai di mana saya beli mesin tersebut dan membuat lapuran.  Hari ini baru technician Samsung datang dan baiki terus.  Syukur sangat-sangat sudah boleh meneruskan kegiatan membasuh kain secara besar-besaran.  Namun, technician sudah pesan siap-siap tidak boleh membasuh lebih dari muatan yang dibenarkan.  Dan jangan basuh terlalu kerap dalam sehari untuk menjaga jangka hayat mesin basuh.

Tips mudah tetapi penting:
Bagi yang membeli barang elektrik, pastikan anda menyimpan resit pembelian sehingga sekurang-kurangnya selepas tamat tempoh warranty kerana ia dapat menyelamatkan wang anda.  Jika dahulu kala, perlu mengisi borang bagai untuk mendapat warranty tetapi sekarang janji ada resit yang dapat membuktikan tarikh kita membeli produk tersebut.

Tanpa resit tersebut, saya sudah tentu perlu membayar caj untuk mereka datang dan juga untuk harga bahagian yang mereka ganti.  Hari ini, Allah telah selamatkan saya.  Terima kasih Allah.

Malam ini perlu menguji kelasakan mesin basuh dengan kad otaknya yang baru.  Moga Allah panjangkan umur mesin basuhku untuk tempoh yang lebih lama.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...