Thursday, December 19, 2013

Cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google



Alhamdulillah.  Hari ini keputusan PMR telah diumumkan.  Tahniah kepada yang telah berjaya dengan cemerlang.  Yang kurang berjaya, usah bersedih.  PMR bukan penentu masa depan.  Ia hanya sebagai persediaan untuk mengharungi cabaran lebih hebat dua tahun lagi.

Terima kasih juga kepada Allah kerana kurniakan keputusan yang baik buat angah, walaupun tidak secemerlang Along tetapi bagi saya ia sudah cukup cemerlang buat angah.

Ketika nama angah tidak dipanggil ke hadapan untuk mengambil slip keputusan, saya sudah menjeling ke arah angah yang sedang berdiri bersama rakan-rakan sekelas.  Doa saya ketika itu, berikan ketenangan buat angah dan mohon agar dia redha dengan apa juga keputusan yang dia terima hari ini.

Ketika keputusan menerima keputusan UPSR 3 tahun lalu angah kecewa kerana dia hanya dapat 3A 2B.  Jadi kali ini, saya harap dia tidak akan kecewa lagi.  Sebagai ibu, saya redha apa jua keputusan yang dia dapat.  Saya juga mahu angah redha kerana dia telah berusaha lebih dari kebiasaan angah yang saya kenal dulu.

Ketika angah beratur di dalam barisan, saya hanya mampu tersenyum memberi semangat kepada angah.  Sebaik sahaja dia mendapat slip keputusan, saya terus menghampiri angah.
Kata angah " 6A aje ibu."  Tetapi wajah angah menunjukkan muka sedih.

Terus dipaut bahu ibunya yang rendah ini. "Hakeem harapkan 7A," kata angah.

"Angah bersyukur lah dengan apa yang angah dapat ini, angah dah usaha.  Allah dah bagi yang terbaik untuk angah."

Bergenang airmata di kelopak mata angah.  "Ibu sedih ke?" tanya angah.

"Ya Allah ibu tak sedih pun, ibu gembira," sambil memaut dan menepuk-nepuk bahu angah.

"Saya cuma bimbang jika ibu sedih," kata angah.

Ya Allah.  Rupa-rupanya angah fikirkan perasaan saya.  Saya cuma berdoa agar anak-anak saya belajar bukan untuk membahagiakan ibubapa tetapi belajar kerana ilmu itu adalah milik Allah. Belajar semata-mata kerana Allah.

Pagi tadi saya ternampak status salah seorang rakan facebook.

Lebih kurang begini bunyi nya:
Jika anak-anak dapat A+ Fizik, A+ Kimia A+ Biologi tetapi tidak tahu solat dan tidak tahu baca quran, maka anak ini bahagia di dunia tetapi merana di akhirat.

Keinsafan menyelinap di hati saya.  Syukur sangat-sangat kerana angah masih membaca quran setiap malam dan mampu mengimamkan ibu dan adik solat di rumah.  Walaupun angah tidak cemerlang tetapi dia tetap cemerlang di hati saya kerana angah telah banyak membantu ibunya memasak, menjemur kain menggantikan tugas along.

Terima kasih Allah di atas segala nikmatMU.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang ingin mula bisnes dari rumah tetapi tiada produk.

Boleh daftar sebagai Rakan Niaga/Pengurus Online di Akademi Bekerja di Rumah.


z

Anda akan belajar membina blog bisnes dan fanpage tersedia dengan pautan berikut:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dibuka untuk 100 kekosongan.  Rebut peluang yang ada sekarang.
Boleh hubungi saya untuk pilih pakej A atau B.



SMS/whatsapp: 013 383 7768

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...