Friday, December 20, 2013

Persediaan untuk Gangguan Bekalan Air

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah.
Pagi Jumaat yang redup dan mendung.  Kawasan Selangor dijangka akan mengalami gangguan air untuk tempoh dua minggu.  Tetapi kawasan rumah saya masih belum lagi ada gangguan bekalan air.  Menunggu giliran sahaja.


Air untuk diminum sudah siap ditadah dan diisi ke dalam botol dan tupperware.  Air untuk mandi juga perlu dipastikan setiap hari ditadah ke dalam baldi.  Jika mengikut pengalaman yang lepas, hanya satu hari sahaja tiada bekalan air.  Jadi air tangki masih mencukupi untuk kami berempat.

Walau bagaimanapun, air untuk berwudhu perlu juga diasingkan dari untuk kegunaan lain.  Jika ada tong air yang besar bolehlah digunakan untuk simpanan stok.  Kami isikan ke dalam tong air zam-zam 10L yang sudah tidak dipakai.  Sesuai dengan kudrat perempuan saya untuk mengangkat.

Satu lagi persediaan ialah pinggan mangkuk dan periuk kotor saya akan basuh selesai aje makan. Seboleh-bolehnya cuba untuk elak dari tinggalkan periuk belanga tidak berbasuh.  Pening kepala jika dibuatnya air tiada tiba-tiba.

Walaupun sudah diberitahu akan ada gangguan tetapi tarikh yang sebenar untuk setiap kawasan tidak diberitahu.  Moga semuanya dipermudahkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja Di Rumah buka tawaran ini kepada kalian yang benar-benar memerlukan.


Kelas akaun percuma bagi pendaftaran kelas bisnes RM300 intake Januari 2014.

1. Percuma slot kelas akaun (bernilai RM150), percuma sahaja
Tarikh: 6.1.2014

Masa:
slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)

slot 2:
2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tenaga pengajar bertauliah

Boleh pilih mana-mana slot yang sesuai.

Bonus 1: Kelas asas blog dan bisnes
Bonus 2: Pendaftaran Rakan Niaga/Pengurus Online
Bonus 3: 4 Ebook

Dibuka 10 pendaftaran sahaja.

Percuma: Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil/ Wahm Soho
Modul: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...