Sunday, December 8, 2013

Nostalgia muda belia

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google

Bismillah pembuka kata.

Kemaafan saya pohon kerana begitu lama tidak mengemaskini blog.

Alhamdulillah.  Selepas 4 hari diuji dengan demam panas dan lengkap dengan pakej selsema dan batuk, hari ini baru diberi rezeki kesembuhan.  Walaupun belum sembuh sepenuhnya tetapi cukup untuk memberi tenaga bagi saya menaip beberapa patah di sini serta hadirkan diri ke rumah seorang rakan yang sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa.  Rakan yang sudah menetap dan bekerja di USA selepas hari graduasi dan kini inshaallah kembali ke Malaysia untuk meneruskan dengan perjalanan hidup baru.

Apabila kami bertanya "apa yang membuat you nak balik ke Malaysia?".
Dia sendiri tidak tahu kenapa tetapi katanya "tiba-tiba hati rasa rindu sangat-sangat dan nak balik Malaysia".  Ya, mungkin itulah berkat doa ibu agar dibukakan pintu hati anak-anak mereka untuk pulang.  Tetapi untuk berapa lama, hanya Allah yang menentukannya.

Untuk sis Niza, semoga beliau dapt sesuaikan diri kembali dengan kehidupan dan suasana di Malaysia kembali.  Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri:)

Tempat jatuh lagi dikenang
Apabila sudah berjumpa dengan rakan-rakan lama satu universiti, kebah demam, hilang sakit sebentar.  Memori masing-masing kembali bertaut ke 23 tahun dahulu sewaktu masih muda belia. Membongkar kembali kotak hitam di fikiran kami, segala kenangan bersama rakan-rakan di universiti. Masing-masing membuka kembali simpulan lama. Simpulan yang dulu mungkin satu kepayahan dan keperitan tetapi kini kami sudah dapat menoleh ke belakang dan melihat ia sebagai satu kemanisan pada hari ini.  Kenangan manis yang membuat masing-masing gelak apabila dikenang kembali.

Setiap insan di dunia diduga dengan pelbagai musibah dan saat ditimpa dengan musibah, berbagai persoalan keluar dari benak hati kita.  Kenapa kita?  Tetapi sebagai hama Allah, itulah percaturan hidup kita yang Allah sudah tentukan.  Doakan dan usahakan yang terbaik agar kita mendapat yang terbaik di sisiNya.  Bukan semua yang kita kehendaki adalah yang terbaik buat kita.   Bukan buat masa kini mungkin untuk masa akan datang.  Inshaallah.

Foto: www.tamuk.edu
-------------------------------------------------------------------------------------
Pre oder sekarang

PM saya Aishah Hussein atau terus bayar di sini
http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Beli ebook/buku/CD Quran: http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Untuk belajar kelas asas blog: http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...