Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Terima kasih atas nikmat yang kau berikan setiap saat.
Apa sahaja yang datang dariMU adalah yang terbaik.
Buruk di mata kita, bukan bermakna ia tidak baik bagi kita.
Baik di mata kita, belum tentu ianya terbaik bagi kita.
Bukan mudah untuk didik hati.
Tundukkan hati pada DIA. Inshaallah ia akan jadi mudah.
Ya Baari. Kau aturkanlah kehidupan mengikut agendaMu.
Dan jadikanlah aku redha di atas setiap ketentuanMU.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Along akan kembali ke Mesir. Nampaknya keseorangan kembali minggu hadapan. Sabar menunggu Angah cuti semester pula nanti.
Apabila kita sudah tua, antara keseronokan yang kita tunggu ialah kepulangan anak-anak ke rumah.
Saya sangat-sangat tidak faham apabila ada anak-anak yang tidak pulang ke kampung halaman apabila raya tiba. tidak semestinya pulang pada raya pertama tetapi pada raya kedua atau pun ketiga juga sudah dapat menggembirakan hati ibubapa. Kedua belah pihak perlu diraikan. Usah berat sebelah ketika meraikan ibubapa, baik mertua mahupun ibubapa sendiri.
Moga kita diraikan anak-anak dan menantu apabila kita tua nanti.
Sebulan Along balik, minggu terakhir ini barulah dapat tunaikan hidangan yang dia minta.
Jadi Ahad lepas sempat buatkan Along Nutella Cheese Tart. Yang makan bukan lah Along seorang tetapi ibu dan Adik juga hi hi. Selepas ini Kek DFC pula. Inshaallah, cuba tunaikan yang mana termampu.
InsyaAllah Amin. :)
ReplyDeleteSedapnya nampak cheese tart tu :)
ReplyDeleteSedapnya nampak cheese tart tu :)
ReplyDelete