Friday, November 6, 2015

Redha dan sabar

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sudah selesai minggu pertama SPM.
Hari ini rehat dulu.  Bukan Angah yang rehat.  Angah tetap ke sekolah kerana sekolah mengadakan kelas tambahan.  Ibu yang rehat :)

Semalam, dari kuliah dhuha ustazah Nurhafizah.  Beliau mengajar tentang menerima ketentuan Allah dengan redha.  Setiap yang Dia bagi pasti ada hikmah di sebaliknya.  Usah cepat melatah untuk merasa orang lain lebih beruntung dari kita.  Seolah-olah merungut tentang nasib yang Allah bagi pada kita.  Menggelupur untuk keluar dari ketentuan itu selagi ianya masih berada dalam landasan syariat.  Sedangkan apa yang Allah bagi itu memang yang terbaik bagi kita.  Dari pandangan mata kita, memang ujian yang datang bukan yang terbaik buat kita tetapi jika dilihat dari pandangan mata hati, subhanallah ada hikmah di sebaliknya.
Ambil tempoh untuk bertenang.  Fikir dan mahasabah dulu. Inshaallah, Allah akan bagi jalan keluar dari setiap masalah.

Antara contoh yang beliau berikan:
Seorang cikgu sekolah berfikir,
"Seronoknya kalau dapat pergi kuliah tiap-tiap hari".
Tetapi kalau semua cikgu pakat nak datang kuliah pagi-pagi, siapa yang nak jadi cikgu yang mengajar di sekolah.  Sedangkan jika dilihat jasa cikgu mengajar anak-anak kita di sekolah, mendidik dengan penuh ikhlas sehingga anak-anak itu menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.  Itu adalah lebih banyak pahalanya yang mereka belum dapat lihat di dunia.  Dan jika ingin mendengar kuliah, sebenarnya hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.  Boleh pergi kuliah-kuliah malam di surau.  Boleh dengar di youtube.


Satu ayat yang ustazah sebut:
Jangan sempitkan rahmat dan kebijaksaan Allah dengan fikiran kita yang terbatas ini.

Moga kita sama-sama menjadi hamba yang sentiasa redha dan sabar.

Friday, October 30, 2015

Bila monyet datang melawat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Setiap hari penuh barokah.
Beli nasi lemak untuk breakfast, teringat kat Along. Jadi saya singgah beli di gerai favourite dia.  Walaupun nasi lemak tu tak kena dengan tekak saya :) Bila dah jadi seorang ibu, nak makan apa pun mesti teringat kat anak-anak.

Sampai di rumah, terkejut bila disambut oleh seekor monyet depan rumah. sedang mengorek sampah. (Lori sampah datang lambat lak hari ni).  Tak pernah lagi tengok kelibat monyet di sini sebelum ini.
Dah siap sedia untuk lari keluar kereta dengan kunci rumah di tangan.  Rupa-rupanya ada seekor lagi dah memanjat bumbung rumah dan menjenguk-jenguk saya.  Allahuakbar. Cepat-cepat wassap jiran supaya berhati-hati sebab dia dah masuk ke dalam pagar mereka.

Selepas menghilang, mereka datang semula duduk di tepi sliding door.  Bila disergah, diterkamnya ke arah kita. Jadi, sepagi hari ini duduk dalam rumah aje. Tak berani nak berkebun. Jemur kain pun laju-laju bimbang dia datang melawat untuk kali ketiga pula.

Rupa-rupanya en suami bagi tahu, sebelum ni ada jiran yang sudah pun berjaya tangkap seekor.  Kemungkinan hutan di sebelah taman kami itu sudah dibersihkan dan mereka mula berkeliaran mencari makanan-makanan.
Kesian mereka-mereka ini.  Tapi kesian juga pada saya sebab sudah cuak untuk berada di luar rumah lama-lama kalau jiran-jiran tak ada
Moga Allah menghantar bantuan untuk menyelamatkan monyet-monyet ini.

Thursday, October 15, 2015

Musim demam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Hari ni si Adik cuti demam dan selsema.
Kata adik "ni baru first time saya demam tahun ini."
Ketika anak-anak masih kecil, ibu masih bekerja. Cuti 'standby' untuk anak-anak sakit. Tapi sekarang anak-anak sudah besar, antibodi masing-masing sudah semakin kuat.
Bila bagi tahu Along, adik demam. Along membalas mesej dengan medical terms,
"Badan adik belum expose kepada banyak benda lagi. Jadi demam ini salah satu proses badan untuk mengenali certain bakteria. Lepas tu badan dia akan immune dengan bakteria tersebut"
Hmm.
Secara holistik, demam adalah satu cara Allah mahu mengampunkan dosa. Yang ini juga perlu terangkan kepada adik. Moga adik sembuh cepat, minggu depan dah nak exam..
Agaknya adik demam 'study' kuat sangat minggu lepas.  Hi..Hi..



Tuesday, September 29, 2015

Korban sebenar

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Pagi ini, anak-anak sudah ke sekolah bersama en suami setelah bercuti seminggu tambah sehari cuti jerebu hi hi.
Sempat saya update entri di blog pagi ini.

Pagi semalam, dari kuliah pagi, Ustaz Ridhuan masih mengingatkan kita tentang makna sebenar korban.  Korban bukan setakat menyembelih binatang korban tetapi lebih kepada korban nafsu di dalam diri kita.  Jika sebelum ini nak masuk korban, nak keluarkan duit RM600 tu pun berkira(bagi yang mampu).  Mungkin ada yang fikir baik aku beli handbag dengan wang sebanyak itu.  Tetapi kita sanggup korbankan nafsu untuk beli handbag dan sertai korban pada tahun ini.
Korban bukan setakat pada hari raya korban.  Tetapi terus diamalkan di dalam hidup kita.
Contohnya:
Cuti-cuti jerebu nafsu suruh duduk kat rumah, minum kopi dengan anak-anak.  Bergolek-golek depan TV.  Tetapi kita korbankan nafsu itu dan datang ke kuliah agama juga.
Korban dalam Islam bukan sahaja setakat korban dari segi kewangan tetapi juga nyawa demi agama.  Tetapi kita masih belum kuat jika hendak dibandingkan dengan remaja palestin. Jauh lagi jurangnya.
Untuk melatih diri, mulakan secara istiqomah melatih diri korbankan nafsu dari segi kewangan.  Beri dan beri.  Moga bila tiba masanya kita juga sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan Allah dan agama.


#resipirefleksi

Monday, September 14, 2015

Nasi Goreng Ulam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam hari cuti.  Jadi sempat menjengah kebun mini di hadapan rumah.  Kawasan semakin sempit dengan kayu -kayan en suami yang sudah ada hobi membuat perabut dari kayu terpakai.  Tetapi alhamdulillah, kebun mini saya juga sudah dikembangkan sehingga ke luar pagar.

Antara pokok yang saya tanam di bahagian hadapan rumah adalah Thai Basil, Kaduk, Kunyit,  Sayur Manis, Cekur,  Halia, Cili Padi, Pudina, Belalai Gajah, Lemon Basil, Sweet Basil, Mulberri, Malabar Merah, Selom dan Kesum.

Kebun kecil belakang rumah, saya tanam pokok Pandan, Serai, Kunyit, Limau Kasturi, Limau Nipis, Lengkuas dan Pisang.


Kebun Miniku

Walau tidak punya kawasan tetapi cukup untuk melepaskan gian menanam pokok.

Malam tadi, terhasillah Nasi Goreng Ulam :)






Bahan-bahan:
Daun-daun ulam:
Apa yang ada sahaja
Bawang Merah dan bawang Putih
Saya letak serai, daun kaduk, belalai gajah, hirisan kunyit hidup.
Cili Padi, Daun Kunyit, Ikan bilis, Kacang Buncis. (Saya sudah kehabisan halia muda, malas nak keluar ambil)
Sos Tiram

Cara-cara:
Hiris daun-daun ulam.  Serai saya tumbuk.
Ikan bilis digoreng terlebih dahulu.
Kedua-dua bawang ditumbuk.  Bawang putih boleh juga diketuk aje.

Tumis bawang.
Kemudian masukkan sos tiram. Garam.
Masukkan nasi dan kacau.
Setelah itu masukkan daun-daun ulam yang dihiris dan juga ikan bilis goreng.

Kami makan dengan ikan gelama masin bacin :)

Wednesday, September 9, 2015

Kembar Seiras

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Setiap yang Allah jadikan adalah untuk kita berfikir akan kebesaranNYA. Setiap yang ada pada anggota badan kita juga sudah cukup untuk membuat kita mengingati Allah dan bersyukur di atas nikmat yang diberikan.
2 hari lepas Ustaz Hafiz memberi satu lagi kesedaran.

"Apa yang kita fikir bila kita melihat anak kembar?"

"Comelnya bila ada dua baby muka yang sama :)"

Tentu kita juga akan fikir tentang kepayahan ibu mereka menjaga mereka.  Dua orang sekali bangun malam-malam menangis minta susu.

Tetapi kita lupa bahawa Allah cipta kembar 2, kembar 3 untuk memberitahu kepada kita bahawa Allah itu Esa.  Tiada sesuatu pun yang sama dengan Allah.  Allah mampu mencipta makhluk dengan rupa dan sifat yang seiras tetapi tiada satu pun yang akan sama dengan Zat dan Sifat Allah.

Kita boleh mencipta apa sahaja yang belum orang lain cipta tetapi kita masih kutip dan menggunakan bahan dan sumber yang sudah ada di alam ini. Kita bukan pencipta tetapi Pereka cipta.

Hanya Allah yang layak dipanggil Pencipta kerana Allah cipta yang 'Tiada' kepada 'Ada'.
Jom kita sama-sama latih diri kita melihat kebesaran Allah.
Sedar Allah setiap saat. Moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur.

#resipirefleksi2015

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan pertama 2015

Teks: Aishah Hussein

Ahamdulillah.
Ramadhan Kareem.
Hari pertama Ramadhan.  Tadi si adik telefon dari rumah aciknya.  Bunyi suara ceria aje.  2 hari lepas, saya dan angah mengimbau kembali kisah adik menunjukkan kerenah hari pertama puasa ketika berumur 6 tahun dan 7 tahun.  Yang paling kelakar, siap boleh terbang terbaring di depan pintu dapur sambil menangis kerana Kak Long bertanyakan sesuatu kepada adik.  Macam-macam kerenah anak-anak.  Itu semua akan menjadi kenangan buat mereka bila dewasa kelak.

Alhamdulillah, adik sudah semakin matang.  Malam tadi aje buat-buat lupa bertanya,
"Esok pagi bawa bekal apa ya ibu?"
Ibu jawab aje, bawa lah brownies dengan salted caramel.  Nanti boleh pergi makan di kantin dengan rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Senyum aje adik.

Tahun ini, pemandu/pembantu saya tidak pulang bercuti.  Dia nak rasa beraya jauh dari keluarga tahun ni.  Selalunya Kak Long yang akan mengambil adik-adik dari sekolah tetapi tahun ini, terpaksalah saya yang merempit.

Alhamdulillah juga tempahan juga saya tidak ambil banyak untuk ramadhan ini.  Allah bagi peluang untuk luangkan masa bersama Al Quran dan kuliah-kuliah agama.  Dan bulan Ramadhan ini juga saya bersama seorang sahabat  sudah sertai kelas talaqqi Al Quran. Jadi bertambah padat sikit jadual.
Nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan.  Tiada istilah jemu jika tidak bekerja.  Kita yang merancangnya dan Allah sebaik-baik perancang.

Saya doakan semoga kita sama-sama dapat mendidik hawa nafsu kita dalam bulan Ramadhan ini agar nafsu kita dapat membawa kita kepada keinginan yang lebih baik di sisi Allah bermula Ramadhan ini. Gunakan 30 hari yang Allah bagi ini sebaik-baiknya.

Untuk petang ini, seperti biasa untuk berbuka, saya hanya sediakan 1 menu asas dan ulam-ulaman dari kebun kecil saya.  Andai sempat tambah 1 jenis pencuci mulut.

Menu hari pertama adalah Ayam Bakar Susu. Boleh klik sini ya untuk resipi nya.
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html

atau untuk resipi lain klik label Resipi Ramadhan



Wednesday, June 17, 2015

Kemenangan bulan mulia

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Selamat datang Ramadhan.  Kita sambut bulan barakah ini dengan penuh kegembiraan.
Sudah siap checklist ibadah kita.
Bacaan Quran nya.
Solat sunat nya.
Qiamulail nya.
Selepas itu baru lihat
checklist senarai menu berbuka :)

Semalam ustaz Kamal menyuruh masing-masing tanya satu soalan pada diri kita, kenapa Allah beri kita peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.  Tak perlu bagi tahu pada sesiapa.  Fikirkan dan mahasabbah.
Bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang untuk kita bertemu Ramadhan dan mengambil peluang ini pula untuk beribadat lebih baik dari hari-hari dan bulan-bulan yang sebelum ini.

Moga kita sama-sama mendapat kemenangan di akhir Ramadhan inshaallah.

Tuesday, June 9, 2015

Ahlan wa sahlan Ramadhan 1436H

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan.  Semua persiapan dan kelengkapan raya mesti sudah disediakan.  Bagaimana pula dengan persiapan Ramadhan kita.   Jom buat senarai semak untuk matlamat mencapai Ramadhan yang lebih baik tahun ini.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk kerohanian dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Ayuh kita jadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini.  Ahlan wa sahlan Ramadhan.  Aku ingin menemui engkau Ramadhan.  Moga Allah memberi rezeki pada kita untuk menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadhan ini dengan lebih sempurna di mata Allah.

Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada yang saya tulis di sini menyinggung perasaan semua.  Saya hanya manusia biasa tetapi saya inginkan pengampunan Allah.
Mari kita juga maafkan dosa orang lain moga dengan itu juga Allah mengampunkan dosa kita kepada Nya.


Wednesday, June 3, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage - Muhariyanti Che Mat

Teks: Muhariyanti binti Che Mat

Sumber : http://muhariyantichemat.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.

KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.

Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:

1.            Belajar Asas Blog
2.            Super WAHM, Super Mom
3.            Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4.            101 Idea Home-Based Bisnes

PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!

Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.

SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya.

Monday, April 20, 2015

Pencuri duit sendiri

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sejak beberapa minggu ini, inbox saya sering dihujani oleh mereka yang mahu belajar pengurusan kewangan bisnes.  Akademi Bekerja di Rumah berkoloborasi bersama 2 orang trainer.  Lokasi kelas adalah di sekitar Putrajaya, Bandar Tun Hussein Onn dan juga di Shah Alam.

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian.  Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar.  Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu  amat cerah.  Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.  Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.

Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:

Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang.  Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?
Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.

Antara jenis kelas akaun yang ditawarkan:

1. Kelas asas Akuan secara online
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul ini

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Berminat untuk belajar urus akaun bisnes?
Hubungi saya di fb: aishah.hussein7
atau
Untuk pendaftaran klik sini http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

Tuesday, April 7, 2015

Berbaki usia

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Sejak ayahanda keluar dari hospital tempohari, keadaan beliau semakin lemah.  Setiap hujung minggu kami akan cuba pulang ke Kuantan.  Ayah mungkin tidak ada banyak masa lagi.  Tetapi Allah bagi masa yang tidak berapa banyak ini buat anak-anak untuk menjaga selagi mampu.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk saya menyuapkan makanan ke mulut ayah.  Ayah mungkin tidak punya masa yang banyak tetapi kita yang sihat ini juga belum tentu hidup lebih lama dari ayah.

Semua aktiviti kelab anak-anak saya tukarkan ke hari biasa.  Semua aktiviti 'baking' saya pula hanya dibuat pada hari Selasa hingga Jumaat sahaja sekarang.  Selagi boleh, kami cuba untuk pulang ke kampung.   Berkorban untuk "tokki'.  Moga dengan kehadiran kita menggembirakan tokki akan diganti dengan rezeki yang lain.


Aktiviti pendaftaran kelas-kelas online masih dibuka seperti biasa.

Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Personal Coaching
-Grup Coaching
-Kelas Online setiap Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

*** Bagi yang mahu hadir ke Kelas offline di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk tetapkan hari dan tarikh ya.
Sekarang ini jadual saya hanya ada hari Selasa dan Khamis.
Boleh juga sertai kelas secara grup di seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh terbaru 25/4/15




Wednesday, February 25, 2015

Sibuk atau buat-buat sibuk :)

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

"Sibuk ke saja-saja buat sibuk?"

Sudah hampir masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kadang-kadang, terbit di  fikiran saya,

"Kalau lah aku berhenti lebih awal, kan seronok"

"Kenapalah aku tak berhenti kerja lagi awal"

Tetapi sebagai hamba Allah, saya wajib percaya bahawa semua ini sudah tertulis di Luh Mahfuz.  Tiada kebetulan tetapi semuanya sudah ditentukan oleh Allah.

"Kenapa berhenti kerja, tak sayang ke gaji dah banyak" .

"Kenapa tahun 2013 bukan tahun 2001".


Subhanallah.  Semua itu bukan lagi persoalannya.  Semuanya saya sudah bertanyakan pada Allah sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar surat perletakan jawatan.  Malah tarikhnya juga saya tanyakan kepada DIA.

{Bak kata Ustaz Kamal, bukan semua hikmah dari Allah boleh difikir dengan logik akal.  Tidak perlu kita persoalkan kenapa.  Terima dengan hati yang redha.  Siapa kita untuk persoalkan ketentuan Allah sedangkan diri kita sendiri pun kita tidak tahu untuk uruskan.}

Tiada bayaran yang lebih mahal yang dapat menawarkan saya untuk kembali bekerja sepenuh masa.  Bukan mendabik dada atau bercakap besar tetapi nikmat yang Allah berikan sekarang terlalu banyak berbanding dengan ketika saya bekerja sepenuh masa dengan wang ringgit yang masuk ke akaun setiap hujung bulan.

Ketika berhenti kerja dulu, hampir semua orang bertanya nak buat apa.
"Do something lah, nanti you will get bored".

Hmm saya hanya tersenyum sebab saya tahu ketika itu Allah yang lebih mengetahui apa yang Dia mahu berikan kepada hambaNya yang tidak punya apa ini.
Niat saya nak berhenti kerja kerana saya mahu berada bersama keluarga di samping pergi ke kelas-kelas agama.

Saya tahu saya tidak akan memiliki wang untuk membeli barang sesuka hati.
Saya tiada kemahiran.  Nak baking pun setakat buat Kek Carrot, muffin dan brownies aje.
Nak bisnes online pun tiada produk nak jual.  Kemahiran nak bisnes pun tidak ada. (Tetapi Allah juga sudah lorongkan saya bertemu dengan sifu Masayu Ahmad ketika itu, walaupun ketika itu saya belum nampak lagi apa yang saya buat itu akan membawa saya ke alam bisnes online.)

Saya mahu ke kelas-kelas agama tetapi saya tidak ada gaji yang tetap untuk membayar kelas-kelas tersebut. (Ketika itu kelas-kelas baking belum masuk dalam senarai saya :) )
Ketika bekerja dulu, kuliah agama PERCUMA diadakan waktu rehat.  Jadi bila sudah berhenti kerja, saya perlu mencari tempat-tempat yang mengadakan kuliah-kuliah sebegini.

Saya hanya mapu berdoa agar Dia permudahkan jalan untuk saya menambah ilmu akhirat.  Alhamdulillah, seorang rakan memaklumkan kepada yang Masjid Bukit Jelutong ada mengadakan kuliah-kuliah agama.  Allah lorongkan jalan untuk saya dapat menghadiri kuliah-kuliah agama dan ia adalah PERCUMA.  Malah setiap hari ada kuliah-kuliah dari penceramah yang bagus-bagus yang tidak pernah saya bayangkan saya akan dapat jika saya  berhenti kerja.  Sehinggakan saya pernah berkata kepada Along,
"Inilah nikmat keseronokan berhenti kerja sebenarnya Along.
Dapat pergi kuliah agama, belajar tajweed, bahasa Arab, macam-macam lagi lah.
Gaji RM5000 pun belum tentu dapat ganti ilmu yang Allah mahu berikan ni."

Setiap hari diingatkan akan kematian yang bakal datang pada bila-bila masa.
Setiap hari diingatkan, apa yang kita lakukan akan dicatat di kitab amalan kita.
Allahurabbi.
Nikmat mana lagi yang mahu kami dustakan.

Ini belum termasuk lagi kesedaran dan ilmu yang saya terima dari Grup whatsapp Al Quran di Hati(AQDH).  Allah lorongkan juga untuk saya bersama mereka yang mengingatkan agar dulu kan hak Allah.  Setiap hari pandanglah Al-Quran sebelum melihat facebook atau sebelum asyik dengan kerja-kerja rumah.
"Kalau dulu nak baca Quran 2 mukasurat pun rasa payah, sekarang 10 mukasurat sehari pun rasa mudah".  Ini antara komen-komen rakan-rakan di AQDH.  Mudah-mudahan berkekalanlah kami di dalam keseronokan membaca kalam Allah.  Bukan setakat membaca tetapi juga membaca terjemahannya.

Ya itulah sebenarnya kesibukan yang saya suka.  Sibuk dengan ilmu akhirat, sibuk mengejar ambil anak-anak.  Sibuk dengan kelas-kelas baking dan juga kelas-kelas blog.  Dan juga sibuk dengan tempahan.  Itupun jika Allah mahu beri.  Hanya DIA yang tahu kemampuan saya.

Atas kesibukan itu juga saya terpaksa menolak untuk kelas offline pada waktu malam.  Kerana siang hari saya sudah kesibukan untuk ilmu dan anak-anak.  Jadi malam hari adalah untuk saya berehat bersama keluarga.
Mohon kemaafan dari saya yang lemah.


============================================================

Namun kelas-kelas offline saya masih buka untuk hari Selasa, Khamis dan Jumaat.  Dan yang terbaru Kelas offline bersama Ciku Zaila di Shah Alam untuk grup kecil 5-10 orang sahaja buat masa ini. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Tuesday, February 24, 2015

Kelas Asas Blog + Instagram secara Offline

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Atas permintaan di luar sana, saya bersama Cikgu Zaila akan mengadakan Kelas Asas Blog dan belajar menggunakan Instagram untuk Bisnes secara offline bagi kumpulan kecil.

Yang berminat dan rasa lebih sesuai untuk belajar secara berdepan berbanding online, boleh mula daftar ya.



Yang berminat boleh pm ke fb: aishah.hussein7
atau wassap ke 013-3837768
Tempat sangat terhad.


Wednesday, February 11, 2015

Ulasan Kelas Blog - Roszila Ibrahim

Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna.
Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.

sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog 

Sunday, February 1, 2015

Tips menyimpan sayur dan ulaman dalam petisejuk

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Ramai yang cuti panjang ya bermula dari Sabtu hingga Selasa, terutamanya orang KL.
Bagi ibu-ibu di Selangor, walau cik abang cuti, anak-anak bersekolah.  Jadi tidak ke mana juga lah kami.

Sabtu lepas diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan rakan karib.  Walau hanya beberapa jam tetapi cukup untuk kembalikan keceriaan dan mengeratkan hubungan.  Sesekali perlu ada masa untuk ibu juga.

Hanya buah tangan ini yang dapat saya bawa untuk kami(kenapa kami sebab saya pun nak makan juga :) ) sebiji kek Victoria Sandwich.




Sebenarnya saya nak kongsi tips menyimpan ulam-ulaman dalam petisejuk.  Hari ini adalah hari membeli barang-barang basah.  Jadi saya nak kongsikan cara saya menyimpan ulam-ulam supaya segar dan tidak layu.
Selalunya saya akan masukkan dalam bekas plastik khas untuk sayur jenama Tupperware tetapi kalau ketumbar, bila ia sudah lembik akan melekat pada penapis bekas tersebut.  Jadi untuk mengelakkan dari terpaksa mencuci dengan begitu teruk sekali, saya menggunakan plastik dan masukkan sayur-sayur ini.  Ikat plastik dengan getah dan buat tebukan pada plastik tersebut supaya ada ruang untuk keluar masuk udara.  Setelah itu barulah letak plastik-plastik ini ke dalam bekas tupperware tersebut. 
Alhamdulillah, sayur-sayur dan ulam-ulama lebih tahan lama dan penapis bekas tidaklah berbekas hitam dengan sayur yang lebam.


Saya menggunakan plastik yang ada seal( stok lama masih ada lagi) tetapi kalian boleh guna plastik biasa juga.  Cuma kalau plastik biasa perlu guna getak untuk ikat di bahagian atas.  Dan jika menggunakan plastik yang ada "seal", boleh basuh semula setelah habis sayur itu digunakan.

Selamat mencuba.

Thursday, January 29, 2015

Selamat Harijadi Along

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
21 tahun telah berlalu ketika saya melahirkan bayi perempuan.  Hanya dia sahaja bunga di kalangan 2 lagi lelaki permata hati kami.  Cepat betul masa berlalu.  Rasa macam baru semalam menghantar Along ke sekolah tadika.  Terasa juga sudah lama rupanya hidup di dunia.  Tiada apa yang saya inginkan ketika ini.  Hanya keredhaan Allah ke atas kami sekeluarga.

Moga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.  Apabila anak-anak sudah besar dan jauh dari kita, yang mampu kita lakukan hanyalah doa.  Peringatan hanya boleh disampaikan melalui whatsapp.  Sama ada dia dengar dan ikut, itu semua berserah kepada Allah.

Susah sebenarnya untuk kita melepaskan anak-anak.  Tetapi sampai masanya kita perlu lepaskan dengan redha.  Perlu redha yang mereka sudah dewasa dan perlu mengorak langkah untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar.  Perlu sedar bahawa sesungguhnya bukan kita sebaik-baik pelindung untuk anak-anak.  Allah lah yang Maha Pelindung.

"Selamat Harijadi Along.  Jadi yang terbaik di sisi Allah dan Allah akan jadikan Along yang terbaik di sisi ummah."

"Seperti yang diminta, Devil's Food Chocolate Cake untuk Along.  Hanya gambar kek aje buat Along.  Jangan risau kami tak makan semua. Separuh untuk kanak-kanak di rumah acik.  Separuh lagi untuk bff ibu :)"








p/s kalau nak oder Kek Devil's Food ni boleh pm ke fb ataupun wassap ya :) 
Hanya kawasan Shah Alam dan sekitarnya.

Tuesday, January 20, 2015

Al-Quran di hati

Alhamdulillah.
Dalam berpagi-pagi bergerak mencari rezeki di bumi Allah.
Usah kita lupa untuk dahulu kan hak Allah.

Ketika saudara kita di bumi Kelantan diuji dengan ujian yang hebat sehingga tinggal sehelai sepinggang. Rakan-rakan AQDH ada yang pergi ke sana untuk memberi bantuan. Salah satu dari perkongsian mereka ialah seorang makcik tua menyatakan dia redha di atas semua kehilangan. Cuma bantuan yang makcik itu sangat perlukan ketika itu adalah telekung dan Quran.

Teringat kata-kata salah seorang sahabat, lebih kurang begini:
"Barangkali jika ujian yang sama terjadi kepada saya, saya juga akan menjadi seperti makcik itu. Memohon diberikan Al-quran kerana ketika itu tiada gajet yang dapat membantu saya untuk membaca Al-Quran. Kalau nak baca apa yang dihafal pun beberapa surah sahaja lah yang saya hafal, itu pun tunggang langgang."

Ya Allah, tersentap saya. Sekarang kita sangat selesa dengan Al-quran digital, apps Al-quran yang boleh kita capai. Andai semua itu ditarik oleh Allah, tiada apa lagi yang ada pada kita.
Sebenarnya bukan hanya itu sahaja sentapan yang Allah berikan. Banyak lagi insiden-insiden dari kejadian banjir ini yang memberi sentapan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada orang lain.
Moga kita sama-sama perbaiki diri. Dekatkan diri dengan Al-quran. Mulakan hari kita dengan Al-quran, walau hanya 1 mukasurat.

Dan baca terjemahan sekali. Baru kita faham apa yang Allah perintah, apa yang Allah larang.
Hanya perkongsian dari hamba yang lemah.

** semalam tersentap lagi.
Ustaz Riduan menyatakan Al-quran adalah syifa dan penawar.  Apabila sakit atau apa sahaja, rujuk pada Al-quran.
Soalan cepumas dari ustaz "Yakinkah kita pada Al-Quran?"  
Sudah pasti jawapannya "YA"
"Jadi bila demam, apa yang kita cari dulu, Al-Quran atau panadol?  Sila jawab dengan jawapan sendiri :)
Ustaz sambung, "Jadi kalau kita kata kita yakin pada Al-Quran sebagai syifa, mulai esok, bila demam bacalah Al-fatihah dulu kepada air dan minum atau sapu pada kepala anak-anak yang demam.  "Lepas itu barulah pi cari ubat :)"

====================================
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching 
-Kelas Online 12/01/15, Isnin pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

*** Bagi yang mahu hadir ke Kelas offline di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk tetapkan hari dan tarikh ya.
Sekarang ini jadual saya hanya ada hari Selasa dan Khamis.



Wednesday, January 14, 2015

Selamat tahun baru 2015

Teks: Aishah Hussein

Terlebih dahulu, mohon kemaafan kerana terlalu lama tidak kemaskinikan blog saya.  Alasan sibuk macam tidak masuk akal pula ya.  Orang lain pun sibuk juga cuma saya perlu bagi alasan juga kan.  Dari minggu lepas sehingga semalam saya sibuk dengan kelas baking dan juga tempahan.  Mengambil tempahan secara serius ini tiada dalam diari saya sebenarnya.  Hanya suka-suka.  Tetapi mungkin memang minat agaknya.  Cuma saya sekarang masih tidak mahu fokuskan kepada tempahan semata-mata atas sebab kesihatan.  Buat setakat yang mampu, yang selebihnya saya berserah kepada Allah.

Biasanya awal-awal tahun ni kesibukan agak sedikit capai ke tahap gaban.  Ketika inilah selalunya kami perlu selesaikan bayaran yuran Along.  Kalau lambat nanti Along tidak boleh menduduki peperiksaan.  Ketika ini selalunya mencari jalan untuk mencukupkan amaun yuran.  Sedikit kekalutan di situ.  Moga Allah permudahkan kami untuk selesaikan separuh lagi yuran Along sebelum bulan Mac.

Ketika ini juga segala urusan budak-budak mula persekolahan.  Tahun ini pula ibu juga sibuk ke kelas untuk menambah ilmu.  Nak buat macam mana, hanya waktu itu sahaja cikgu nya ada masa.
Apa pun saya bersyukur kerana diberi rezeki Allah.  Mungkin tidak mewah dalam bentuk wang ringgit tetapi diberi rezeki dalam bentuk ilmu dan silaturrahim.  Bertemu dengan orang yang hebat dalam bidang agama dan juga baking.

Tahun ini misi saya juga adalah meletakkan Quran di hati ahli keluarga.  Terima kasih kepada tim AGP kerana mendorong tim kami agar sentiasa meletakkan Al-Quran sebagai perkara pertama yang kami lihat sebelum melihat facebook, instagram dan lain-lain.  Bukan setakat membaca Al-Quran tetapi juga membaca terjemahan dan menghubungkan Al-quran dengan hati.  Bukan membaca terjemahan dan menghubungkan dengan orang lain dan apa yang terjadi di sekeliling tetapi hubungkan dengan diri kita sendiri.

Teringat seperti kata Ustaz Riduan, tanda ilmu itu bermanfaat pada kita ialah "semakin banyak kita belajar semakin nampak cela diri.  Semakin banyak kesalahan aku rupanya.  Bukan semakin nampak kesalahan orang lain".  Allahurabbi.  Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...