Wednesday, September 9, 2015

Kembar Seiras

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Setiap yang Allah jadikan adalah untuk kita berfikir akan kebesaranNYA. Setiap yang ada pada anggota badan kita juga sudah cukup untuk membuat kita mengingati Allah dan bersyukur di atas nikmat yang diberikan.
2 hari lepas Ustaz Hafiz memberi satu lagi kesedaran.

"Apa yang kita fikir bila kita melihat anak kembar?"

"Comelnya bila ada dua baby muka yang sama :)"

Tentu kita juga akan fikir tentang kepayahan ibu mereka menjaga mereka.  Dua orang sekali bangun malam-malam menangis minta susu.

Tetapi kita lupa bahawa Allah cipta kembar 2, kembar 3 untuk memberitahu kepada kita bahawa Allah itu Esa.  Tiada sesuatu pun yang sama dengan Allah.  Allah mampu mencipta makhluk dengan rupa dan sifat yang seiras tetapi tiada satu pun yang akan sama dengan Zat dan Sifat Allah.

Kita boleh mencipta apa sahaja yang belum orang lain cipta tetapi kita masih kutip dan menggunakan bahan dan sumber yang sudah ada di alam ini. Kita bukan pencipta tetapi Pereka cipta.

Hanya Allah yang layak dipanggil Pencipta kerana Allah cipta yang 'Tiada' kepada 'Ada'.
Jom kita sama-sama latih diri kita melihat kebesaran Allah.
Sedar Allah setiap saat. Moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur.

#resipirefleksi2015

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...