Monday, September 15, 2014

Jom kita ke Congo

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  1 minggu sibuk dengan urusan tempahan dan persiapan untuk barang-barang Along balik ke Mesir.  Syukur, semalam Along sudah selamat sampai.  Masih jauh lagi perjalanan Along.  Moga dipermudahkan segala urusan.

Hari ini sudah bermula cuti sekolah.  Hanya rehat di rumah sahaja.  Selesaikan tugasan rumah dan tugasan online.

Ketika siapkan tempahan, masih sempat selitkan untuk buat Congo Bar.  Resipi ini saya rujuk di blog Kitchen Guardian dan juga dari seorang rakan 'baker'.  Dapat juga buatkan untuk Along bawa balik ke Mesir untuk kawan-kawan.  Banyak pula saya nampak rakan-rakan baker yang post gambar Congo Bar ni, timbul pula rasa ingin tahu rasa Congo Bar ni.  Kalau sedap boleh tambah dalam senarai pilihan untuk tempahan.

Congo Bar ini ada juga yang panggil 'Blondie'.  Jangan tanya saya kenapa.  Congo pun saya masih tercari-cari kenapa.  Tetapi rasa ia adalah antara rasa brownies dan biskut Coklat Cip yang liat.  Rasanya manis sangat bagi mereka yang tidak suka pada kemanisan.  Untuk budak-budak memang laku keras.
Kalau nak sedap boleh tambahkan kekacang seperti Pecan atau kepingan Almond.

Cara membuatnya sangat mudah. Cuba buat waktu cuti sekolah ni untuk anak-anak. Sekejap aje licin.

Congo Bar


Hasil gabungan dari kedua-dua resipi.

Bahan-bahan
2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
2/3 cawan butter
340gm gula perang
1 sk esen vanilla
3 biji telur
250gm coklat cip

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul butter dengan gula perang.
3. Masuk telur sebiji-sebiji. Kacau rata dan masukkan vanila.
4. Masuk tepung.
5. Masukkan coklat cip
6. Bakar dalam pan 10x10 atau 11x11.
7. Potong setelah sejuk.


Saja nak letak gambar kat sini.
Tempahan dari rakan tempohari. (Untuk rujukan Along dan Angah)

Tart telur

Tart buah

3 comments:

  1. laaa...mati2 saya ingat nak ajak melancong ke Congo.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum..
    mari lihat jubah murah..cadar murah...kain pasang


    http://hshida1689.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  3. Ibu, along tgk tengah tengah malam perut lapar la pulaaa~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...