Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujung. Kami tidak ke mana-mana kerana sebelum cuti sekolah, kami sudah bercuti pulang ke kampung membawa Along. Hari ini sempat bawa anak-anak pusing-pusing 'window shopping'. Beli pun yang perlu sahaja, yang penting dapat bersama satu keluarga.
Cuti sekolah ini sempat mencuba beberapa resipi yang jumpa di internet. Setelah mencuba Congo Bar, Angah pula sibuk nak belajar buat Congo Bar. Alhamdulillah, berjaya juga Angah hasilkan Congo Bar. Dapat lah kami menjamu kawan-kawan si adik yang selalu datang bermain ke rumah terutamanya antara waktu Maghrib dan Isyak. (Sejak kebelakangan ini, si adik rajin ke surau bersama rakan-rakan. Itu ajelah waktu dia dapat bermain dengan rakan-rakan memandangkan mereka bukan satu sekolah dengan adik).
Satu perempat bahagian diletakkan kacang Badam sebab ibu nak rasa sedap atau tidak. Saya tambahkan dengan Butterscotch chip juga. Sedap juga bila ditambah Badam tetapi Butterscoth membuatkan ia menjadi terlebih manis pula.
Hai. Tak habis-habis Congo ya. Sampai Cikgu Mona pun ingat nak pergi ke Congo. Hi.hi.
Hahaha...sekarang wabak e-bola kak...
ReplyDelete