Wednesday, August 13, 2014

Kuey Teow Goreng Ibu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam saya cuba untuk memasak Kuey Teow Goreng.  Si adik sejak sebulan dua ini, sangat suka makan Kuey Teow Goreng.  Saya bab masak menu yang ini tidak berapa berjaya.  Tiba-tiba selepas hari raya, entah macam mana saya terjumpa resipi kuey teow dari Kak Fauziah Samad(KJee).  Memang terliur saya tengok gambar di blog dia.  Saya tidak gemar sangat dengan Kuey Teow tetapi kerana dua orang anak lelaki saya memang gemar sangat, jadi saya kena juga buat sampai jadi.

Bahan-bahan semua sudah saya beli, jadi semalam dengan lafaz bismillah saya berjaya menghasilkan Kuey Teow Goreng yang paling sedap pernah saya sediakan. Gambar tidak begitu menggiurkan tetapi rasanya seperti kueh teow yang beli di kedai. (Siapa lagi nak puji kalau tak anak-anak)

Kuew Teow Goreng Ibu
Sumber: KJee

Bahan-bahan:
1 bungkus kecik kuey teow. (yang ini saya beli di pasar tani, tak perasan pula berapa gm, nampak sangat tak pernah masak kuey teow)
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 keping "fish cake" - yang ini saya tambah sendiri, tiada dalam resipi asal.
2 biji telor
1 senduk minyak untuk menumis
kerang rebus - yang ini saya tak letak, malas hendak rebus dan kopek
1 sudu sambal tumis - saya guna sambal nasi lemak yang saya simpan bakinya
4-5  sudu besar kicap manis cap kipas udang - saya agak-agak aje sebenarnya
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla - yang ini saya tak letak
1 sudu kicap masin - saya letak juga gantikan sos ikan.
taugeh - ikut suka nak letak banyak mana
kucai dipotong lebih kurang 2 inci. Saya guna kucai yang saya tanam sendiri, lebih kurang dalam 3 rumpun yang besar.
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Sediakan dan bersihkan bahan-bahan dahulu.
2. Mi Kuey teow dibasuh dulu dengan air dan lerai-leraikan.
3. Bawang putih diketuk atau ditumbuk kasar-kasar.
4. Tumis bawang putih.  Kemudian masukkan udang. Goreng sebentar sahaja, lebih kurang 1-2 minit sahaja dan ketepikan dalam kuali
5. Masukkan telur dan biarkan sebentar supaya sedikit garing.
6.  Masukkan kuey teow, kicap manis, kicap masin, daun kucai dan kacau rata-rata.
Masa ini, perlu besarkan api dapur.
7. Masukkan taugeh dan "fish cake". Jika gunakan kerang masukkan kerang juga.  Kacau lebih kurang dan tutup api.
8.  Kuey Teow Goreng Penang sudah sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ini untuk 3 orang dewasa.
Saya goreng dua kali kerana kalau goreng sekali gus risau tidak menjadi pula.  Pesan KJee masak tak boleh banyak-banyak sekali gus takut lari rasanya ;)
Memang habis licin. Kebetulan pula kawan si adik ada datang main kat rumah semalam. Habis air oren satu jug budak berdua tu kerjakan.  Pedas katanya.

* Pesan KJee lagi, kalau tiada masa hendak hendak buat sambal tumis sendiri, beli aje sambal nasi lemak.  Tetapi boleh aje kalau tiada stok langsung , guna aje cili kering mesin tetapi perlu ditumis dulu cili tersebut nanti ada pula yang sakit perut.

Lain kali saya nak cuba guna cili mesin aje.

2 comments:

  1. Kak Aishah, saya pun selalu fail bila goreng koay teow. Tp saya suka makan hehe. Apapun resipi Kak Jee memang best untuk cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaila cubalah guna cara KJee. Senang dan inshaallah jadi. Itu yang seronok nak masak untuk keluarga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...