Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Cuaca nyaman dan sejuk setelah 2 hari hujan. Walaupun hujan, kain baju yang dibasuh sempat kering.
Maaf juga kepada pembaca kerana saya sudah lama tidak mengemaskini blog. Hari ini selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan menjemur kain, saya terus ambil bawa biskut jagung, muffin serta kopi buah pelaga ke depan laptop sambil menaip entri ini.
Sejak gajet telefon bimbit saya rosak, rasa macam hilang sokongan kepada tugasan saya. Mengharapkan telefon anak-anak, almaklum mereka pun ada banyak kawan-kawan yang hendak berkomunikasi dengan mereka. Ibu tidak bolehlah hendak menguasai telefon mereka sepanjang masa. Ish apa kena mengena telefon bimbit dengan buat entri di blog. Mmmm. Banyak entri saya di blog, saya kongsikan resipi yang saya sediakan di dapur. Dan telefon itulah yang akan merakam gambar-gamabr masakan saya. Walaupun tidak cantik tetapi cukup untuk si Along mengecam resipi itu apabila dia perlu.
Sebenarnya telefon bimbit saya adalah gajet yang penting buat saya untuk melakukan urusan online saya. Bukan setakat untuk semak "status" facebook tetapi juga untuk urusan pemindahan kewangan pelanggan, untuk pemasaran, untuk saya mengambil gambar (di situ jugalah saya meng'edit" foto) dan macam-macam lagi lah. Walaupun hanya smartphone cikkai aje tetapi sudah banyak jasa telefon itu kepada saya terutamanya sejak saya berhenti kerja dan menjadi WAHM. Saya tidak perlu berada di depan laptop 24 jam. Apabila ada PM dan notification yang masuk melalui telefon bimbit yang memerlukan saya menggunakan laptop barulah saya akan masuk soho. Kalau tidak, saya hanya jawab menggunakan telefon aje.
Pernah juga tumpang telefon si angah. Guna fb messenger dia. Angah balik dari rumah pengasuh mengadu bagi tahu, "Ibu messenger ibu ini asyik berbunyi aje tadi. Hakeem nak off takut ibu tak terima pulak nanti." Hanya senyuman ajelah yang dapat saya berikan sebab saya terlupa untuk keluarkan fb messenger saya dari telefon angah sebelum dia pergi sekolah.
Sudah hampir 3 minggu saya ketiadaan telefon bimbit. En suami ada menawarkan untuk membeli telefon yang murah-murah dahulu. Tetapi saya rasa macam membazir pula. Baiklah simpan duit itu untuk beli telefon yang lebih baik lagi, inshallah. (Dalam visi saya Samsung S4 dan Note 3 silih berganti muncul ;)). Yang penting telefon S2 saya harus kembali ke tangan saya dulu kerana banyak data di dalamnya.
Apa-apa pun, inshaallah nanti saya akan kongsikan resipi Chocolate Muffin yang gebu dan sedap. Sempat buat petang semalam, sambil-sambil masak untuk makan malam sebab semalam Along yang ambil adik-adik.
No comments:
Post a Comment