Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Bermula minggu baru.
Percutian yang tidak dirancang ke Pangkor hujung minggu lepas. Along sudah 2 tahun tidak ke sana, jadi kami ambil peluang ini bercuti ke kampung di sana. Sambil-sambil bercuti, sempat juga mencurahkan ilmu mengajar seorang adik cara-cara membuat Kek Red Velvet. Sekadar berkongsi ilmu. Tiada apa yang saya harapkan, hanya sekadar sedikit saham akhirat setiap kali dia menghidangkan kek tersebut kepada keluarganya. Inshaallah.
Hari ini hari membasuh kain-kain. Moga sinar mentari akan membantu mengeringkan kain-kain basuhan.
Seperti yang dijanjikan, saya ingin kongsikan resipi Muffin yang saya jumpa di blog Azlita.
Muffin Coklat
Resipi asal dari Mak Lang Azie
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick
Bahan C
3/4 cawan air panas
Cara-cara:
1. Campurkan setiap bahan B di dalam satu bekas.
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian satukan bersama bahan-bahan A yang lain.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata menggunakan senduk atau whisker sahaja.
4. Akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam muffin tray dan
taburkan coklat chip di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Perlu diingatkan suhu dan masa
untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.
Saya bakar menggunakan muffin cup size 8 dan saya dapat menghasilkan lebih kurang 40 biji muffin kecil.
Muffin ini sesuai bagi yang suka kepada tekstur muffin yang mebih ringan dan gebu.
No comments:
Post a Comment