Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Hari ini penghantaran tempahan ke Bangsar. Tempahan hanya untuk seronok-seronok.
Saya bukan Chef. Saya juga tidak pandai membuat kek yang cantik-cantik. Hanya yang mudah dan sedap dimakan sahaja yang saya suka cuba. (Sedap ke. Mestilah sedap. Kalau tidak kenapa kawan-kawan masih oder hi.hi.) Saya sendiri sebenarnya tidak begitu menggemari Brownies tetapi rakan-rakan saya sangat suka dengan Brownies.
Nikmat memasak adalah apabila orang yang memakan masakan kita rasa puashati dengan rasa dan kebersihan masakan. Moga dengan setiap masakan yang kita hasilkan memberi berkat dan rahmat kepada kita.
No comments:
Post a Comment