Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua. Saya beraya agak lama juga di kampung walau sudah tiada sesiapa di sana. Ziarah adik-beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak mengubati rindu pada aarwah emak saya.
Syukur juga, bermula semalam baru dapat ber'online' dengan sempurna. Dugaan telefon bimbit yang rosak kemudian diikuti dengan talian internet unifi yang sangat mengecewakan di akhir Ramadhan. Namun, saya bersyukur kerana Allah sebaik-baik perancang.
Hari ini sudah 9 Syawal hari ini. Anak-anak sudah mula ke sekolah semalam. Tinggal ibu bersama si Hikari dan Along di rumah. Seperti tahun-tahun yang lepas berazam untuk qadha puasa lebih awal dari sewaktu bekerja dulu. Mudah-mudahn Allah memudahkan urusan ibadat kami.
Hari ini cadangnya hendak masak bubur lambuk Pahang, walaupun bahan-bahan tidak cukup. Guna apa yang ada aje.
No comments:
Post a Comment