Tuesday, July 22, 2014

Ujian fasa terakhir Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Dari minggu lepas, telefon bimbit saya masuk wad.  Terpaksa menumpang ihsan anak-anak untuk berhubung dengan kawan-kawan.   Minggu ini pula sudah 2 hari unifi buat hal.  Tenggelam timbul talian unifi.

Refleksi sebentar, apa ya yang Allah nak ajar saya kali ini.
Sabtu lepas sudah masuk ke fasa terakhir Ramadhan.  Allah tarik keselesaan menggunakan telefon bimbit agar saya persiapkan diri untuk bertemu dengan malam terakhir seperti mana yang saya inginkan.
Engkau kata mahu membaca Quran lebih dari tahun-tahun yang sudah.
Engkau kata mahu berzikir dan bermunjat kepada Allah lebih dari tahun-tahun yang sebelum ini.
Mana mungkin dengan telefon yang sentiasa berbunyi dengan whatsapp dan PM, engkau mampu memberi tumpuan kepada AKU.

Ya Allah.  Mohon keampuan dari MU atas kealpaanku selama ini.
HambaMu ini sentiasa terlupa Engkau yang memberi rezeki.
Walau di bibir dan fikiran sentiasa mengatakan Engkau Maha Pemberi tetapi di hati tidak sentiasa sedar akan kehadiranMU selama ini.

Terima kasih Allah di atas pelajaran dan peringatan ini.
Syukur di atas peluang yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...