Thursday, April 18, 2013

Bercucuk tanam untuk bekalan bahan mentah

Teks : Aishah Hussein

Pagi tadi saya ke belakang rumah untuk memeriksa kebun kecil saya.  Sebulan sebelum berhenti kerja, saya terlalu sibuk sehinggakan saya tidak begitu membelai semua tanaman saya.  Walaupun setiap hari saya menyiram pokok-pokok namun tiada langsung sentuhan kepada pokok-pokok sayur itu.

Jika dulu pokok cili ada sahaja bunga yang keluar.  Sekarang tinggal dahan-dahan pokok tidak berdaun.  Limau kasturi juga sudah tidak berbunga.
Pokok Cili, pokok Ulam Raja di sebelahnya, Pokok Limau Purut di belakang

Walaubagaimanapun, saya akan cuba perbaiki hubungan saya dengan pokok-pokok ini mulai hari ini.

Sebenarnya, apa yang ingin saya seru di sini ialah marilah cuba untuk menanam pokok-pokok sayur dan ulam-ulaman di sekitar kawasan rumah.  Jika kawasan rumah tiada tanah untuk bercucuk tanam, kita boleh menanam di dalam pasu.  Jadi rumah apartment bukan satu alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Pokok yang saya rasa memang patut ditanam di kawasan rumah ialah seperti daun kesum, serai, daun pandan, halia, limau purut, bawang, kucai dan kunyit.  Semua bahan ini memang lah kita boleh dapatkan di pasar tani atau pasar malam, tetapi ia selalunya dijual dalam kuantiti yang banyak.  Kadang-kadang, kita hanya perlukan 2-3 helai daun pandan ataupun limau purut.  Bila kita beli dengan kuantiti yang banyak, akhirnya baki daun-daun tersebut lama-lama akan dibuang kerana layu dan busuk jika tidak tahu cara untuk menyimpannya.

Apabila kita menanam sendiri, setiap kali kita ingin menggunakan bahan tersebut, hanya perlu pergi ke belakang rumah dan petik sahaja jumlah yang kita ingin gunakan.  Dengan ini, stok bahan mentah sentiasa dekat dengan dapur  kita.  Tak perlulah tiap kali nak masak nak kena berlari ke kedai membeli daun kunyit.  Bukankah itu mudah dan sihat.  Banyak penjimatan wang lagi.

Bila kita menanam sendiri sudah tentulah kita tidak akan menggnakan racun serangga yang menggunakan bahan kimia.  Jadi sayur yang kita tanam sendiri adalah sayur yang paling selamat dimakan.  Ini juga baik bagi kesihatan kita.


Pokok halia, kucai, kunyit,daun pandan dan daun pudina,

Daun ulam (saya tak tahu namanya tetapi khasiatnya baik untuk orang yang mengidap darah tinggi)

 Jadi marilah kita mula bercucuk tanam pokok-pokok di sekiling rumah kita.   Kalau tak tahu cara boleh tinjau di internet.  Ataupun boleh aje tanya kepada saya.  Saya pun bukanlah berpengalaman tetapi sekadar berkongsi apa yang tahu.  








3 comments:

  1. Salam kak Aishah..
    boleh bantu saya? bagaimana cara nk tanam2 dlm pasu ne. cer kasi tutorial sikit. mihahaha.. sebab mmg ada tergerak hati nk bercucuk tanam.. tp xreti. miahahah...
    tq in advanced..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Mmm nak kasi tutorial..wah.. akak bukan la pakar tapi ikut apa yang akak pelajari dari blog-blog tanaman. Kalau dlm pasu akak selalunya beli tanah campur di nursery. Tanah campur maksudnya sudah ada sabut, tanah merah dan hitam di dalamnya. Iskan tanah dalam pasu kemudian alihlah anak pokok ke dlm pasu. Tetapi kalau belum ada benih boleh lah beli dulu benih dan semai. Akak selalu beli di www.tanamsendiri.com. Kat situ mmg byk tips menanam. En Is mmg byk membantu.

      Tapi kalau nak menanam pokok kena lah rajin invest sikit utk baja. Janganlah tanam kemudian tinggal aje. Kesian kat pokok.

      Delete
  2. Menariknya .. tengah try nak menanam juga ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...