Tuesday, April 2, 2013

Tips Menyiang Ikan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Kalau dulu-dulu setiap kali nak beli ikan di pasar malam,  bila balik rumah malas betul nak menyiang ikan. Malas tu satu hal, tambah fikir nanti rumah pun bau busuk perut ikan sementara nak tunggu buang kat luar rumah esok pagi.  Kalau buang waktu malam, habis dikoyakkan kucing liar di luar sana.

Satu cara yang mudah nak elakkan semua tu, suruh adik penjual ikan siang siap-siap ikan tu.  Balik rumah tinggal basuh aje.  Tetapi kadang kala orang yang menunggu giliran tu ramai.  Maghrib pun dah hampir jadi terpaksalah siang sendiri.

Jadi kalau puan-puan risaukan bau busuk perut ikan tu nanti boleh cuba tips ini.  Setelah siang ikan, semua perut ikan tu dimasukkan ke dalam plastik.  Pastikan yg tiada air ikan dalam plastik. Tebuk sikit lubang pada plastik tersebut agar air dapat keluar dan selepas itu ikat plastik tersebut. Kemudian bungkus plastik tersebut dengan helaian suratkhabar yang tebal.  Masukkan bungkusan itu ke dalam plastik lain dan ikat.  Simpankan ia di dalam freezer.  Dengan cara ini kita tak perlu risau rumah kita berbau busuk.  Kita juga tidak perlu tergesa-gesa membuangnya kerana lori sampah mungkin datang mengambil sampah di kawasan rumah kita 2 hari sekali.  Bila tiba hari tersebut keluarkan dan buang di tong sampah depan rumah.  Kucing pun tidak akan menyelongkar tong sampah sebab kurang bau yang dapat menarik perhatian mereka.

Rumah tidak berbau busuk, tong sampah pun tak berselerak.  Cubalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...