Wednesday, July 2, 2014

Kesederhanaan menjamu selera Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
4 Ramadhan hari ini.  Masih kekalkan menu berbuka yang mudah dan ringkas.  Tahun ini masih berazam untuk elakkan bazaar Ramadhan.  Bukan kerana tidak menyokong peniaga-peniaga Melayu tetapi lebih kepada penjimatan wang.  Sudah 3 tahun saya rasa elakkan dari singgah.  Pertamanya kerana en suami yang selalu ambil anak-anak.  Jadi ketika masih bekerja saya akan terus pecut balik rumah untuk solat asar dan masak.  Kalau saya yang terpaksa ambil anak-anak, saya akan beli kuih sahaja, itupun kalai anak-anak teringin sangat.  Balik rumah masih masak nasi dan lauk yang ringkas.

Jadi bila sudah tidak bekerja, saya memang tidak pergi ke Bazaar Ramadhan lagi.  Saya lebih suka mengamalkan prinsip makan apa yang ada, kecuali jika keadaan memaksa seperti tiada air atau tiada stok bahan mentah, terpaksalah meronda di Bazaar.
Alhamdulillah, setakat ini masih lagi mampu bertahan.  Bagi suri yang memang tidak sempat untuk balik masak, memang tiada pilihan bagi mereka untuk tidak singgah ke bazaar.  Tetapi seelok-eloknya beli di gerai yang kita sudah biasa membeli. Penting untuk kita ketahui kebersihannya dan juga membeli yang harganya berpatutan.  Dan yang paling penting beli sekadar yang diperlukan bagi mengelak pembaziran.

Hari ini saya merancang untuk memasak Gulai Ikan Masin Talang bersama nenas dan jika diizinkan Allah sedikit donut sebagai pencuci mulut (kegemaran si adik).

Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.  Moga Allah lebih sayang dan kasihkan kita di bulan Ramadhan ini dengan sifat kesederhanaan dalam menjamu selera.

Bagi yang mencari menu atau idea masak untuk berbuka boleh klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...