Monday, June 30, 2014

Idea Bisnes Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Masih belum terlambat bagi yang ingin mencari duit tambahan di bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan 1000 Rahmat. Jika kita seimbangkan dunia dan akhirat in shaa allah, Rahmat itu milik kita. Jika diusahakan, kedua-duanya milik kita.
Lagi tentang idea bisnes makanan di bulan Ramadhan. Antara idea bisnes makanan yang saya rasa sangat memberi kelegaan dan sangat-sangat membantu suri rumah yang sibuk bekerja ialah menyediakan juadah berbuka di bulan Ramadhan. Sasaran pelanggan adalah pekerja-pekerja bujang ataupun suri rumah yang bekerja yang memang terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka di bulan puasa. Walaupun diberi pelepasan untuk balik awal di bulan Ramadhan, tetapi dek kerana tuntutan kerja yang perlu diselesaikan dan juga keadaan trafik lalulintas, mereka terpaksa juga pergi ke bazar-bazar Ramadhan untuk membeli lauk-lauk ataupun kuih-muih. Tetapi dengan keaadan harga di bazaar Ramadhan yang makin meningkat dan rasa juadah yang belum tentu sedap, suri rumah lebih percaya untuk membeli dari rakan-rakan yang rapat yang mereka sedia tahu memang sedap dan terjamin kebersihannya.

Ambil peluang ini dengan memberi pilihan kepada rakan-rakan di pejabat untuk membeli lauk-pauk atau pencuci mulut yang sedap dengan harga yang berpatutan. Tukar menu setiap hari agar pelanggan tidak bosan. Bulan Ramadhan hanya 30 hari dan hari bekerja pun hanya lebih kurang 20 hari sahaja, jadi kita sudah boleh sediakan pilihan menu sebelum bulan Ramadhan dan mula emel dan hantar flyer ke pejabat. Dari situ kita sudah boleh agak berapa ramai pelanggan yang berminat dan sudah boleh bajet berapa modal yang diperlukan.

Sepatutnya kalian sudah mula survey sebelum Ramadhan. Tetapi jika baru mahu mula minggu depan, masih tidak terlambat untuk mula. Berikan pilihan menu yang kalian tawarkan. Kemudian follow-up rakan-rakan yang berminat. Telefon atau emel dan ambil terus tempahan kerana anda bukan berniaga di bazaar Ramadhan yang perlu masak berjenis-jenis lauk yang tidak tentu berapa pelanggannya. Anda hanya perlu masak sebanyak mana tempahan sahaja. Cara ini lebih menjimatkan dan memudahkan kalian.

Cari idea bisnes yang menyelesaikan masalah orang, di samping mencari rezeki ia akan memberi pahala kerana membantu orang lain. Tetapi hati mesti niat untuk membantu bukan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain seperti mengenakan harga yang terlalu tinggi. Hilang nak dapat pahala, rezeki yang kita dapat pun tidak berkat.

3 comments:

  1. Assalamualaikum puan aishah...
    Saya dari group kelas online puan masayu...facebook ummu aimy butikspa
    Salam perkenalan...saya suka singgah n refer info suri dari blog puan...
    Jika tak keberatan mohon puan sudi linkkan blog saya zabedahshafie.blogdpot.com di blog puan...terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Typo pulak zabedahshafie.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zabedahshafie tq sudi singgah di blog akak. inshaallah nanti akak masukkan pautan di blog akak ya. Semoga penyertaan di ABDR banyak membantu menjenamakan bisnes ummu aimy butikspa.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...