Selamat datang Ramadhan.
Persiapkan diri fizikal dan emosi untuk bertemu Ramadhan.
Mohon kemaafan dari saya andai ada yang menyentuh perasaan rakan-rakan.
Moga kita sama-sama mencapai kemenangan Ramadhan kali ini.
Buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah. Anggaplah ia seperti Ramadhan terakhir buat kita.
Walau Ramadhan, hal-hal dan amanah di dunia juga perlu diteruskan seperti biasa. Masih mengajar kelas-kelas dan menjawab PM dan emel-emel yang bertanyakan tentang bisnes dari rumah.
Ramai juga suri yang masih bekerja PM dan whatsapp saya bertanyakan tentang kelas online dan bekerja di rumah. Peluang untuk menjana pendapatan dari rumah memang sangat luas, cuma perlu fokus dan bersungguh. Saya cadangkan baca dulu ebook dari Puan Masayu Ahmad. Saya sendiri sebelum hantar surat berhenti, saya mencari di internet tentang wahm. Saya baca ebook janawang di rumah. Kemudian mula dengan buat dropship produk buku/ebook serta produk sunnah. Semuanya saya mula tanpa modal. Modalnya hanyalah dengan beli ebook dengan harga tidak sampai RM50 ketika itu. "Turning point" saya ialah apabila saya mula sertai kelas asas blog di bawah bimbingan Puan Masayu. Baru nampak peluang-peluang bisnes dapat dijalankan hanya dari rumah.
Orang kata kalau nak buat, buat ajelah. Jangan cakap aje, tapi tidak melangkah langsung. Selagi tidak mula, kita tidak tahu pahit manisnya. Tapi sebelum melangkah, perlu rujuk "CEO" ya. Saya mohon petunjuk dari DIA bertahun. Alhamdulillah, saya tidak menyesal menghantar surat perletakan jawatan saya tahun lepas.
Apabila sudah pandai buat kedai online menggunakan blog, kita boleh buat seberapa banyak kedai lain. Sama dengan fanpage. Buatlah seberapa banyak (setakat ini fb tidak menyekat lagi). Tetapi blog lebih selamat dari fanpage. Fanpage dikawal oleh facebook. Andai facebook meroyan, dia blok fanpage, habis macam tu sahaja. Kalau blog, inshaallah setakat ini tiada gangguan.
Blog juga lebih senang ditemui di carian google. Contoh blog saya, kalau kalian taip "resipi mudah" , "tips resipi mudah" dan "bisnes makanan", alhamdulillah blog saya ada di 10 carian teratas. Kita guna blog sebagai platform untuk mula. Kumpul duit dulu. Selepas cukup modal, boleh ambil platform yang berbayar lengkap dengan shopping cart. Inshaallah, saya percaya kalau niat kita berhenti kerja untuk keluarga kita, Allah akan permudahkan jalannya.
========================================
Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com
No comments:
Post a Comment