Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan.
Ramadhan Kareem untuk semua pembaca.
Alhamdulillah. Tahun ini kami masih diberi peluang untuk berpuasa bersama semua ahli keluarga. Untuk sahur tadi kami bersahur dengan lauk kegemaran anak-anak dan juga merupakan lauk bersahur turun-temurun :) iaitu Ikan Goreng bergaram. Tidak susah mana pun resipi cuma anak-anak lebih berselera bila dapat makan lauk ini terutamanya jika menggunakan Ikan Kerisi.
Sambil menulis ini juga saya masih bayangkan suasana bersahur di kampung. Lauk ini dihidangkan bersama sambal cili garam atau pun sambal tempoyak di meja makan. Bagaimana saya akan menuruni mata tangga dan mata terus tertumpu kepada meja makan dengan hidangan yang ringkas sahaja tetapi membuat selera hendak makan ketika bersahur itu datang. Cepat-cepat basuh muka dan terus makan bersama keluarga. Tidak lupa juga Teh O suam-suam yang manis-manis buah sahaja. Terima kasih Allah atas kenangan ini. Masakan air tangan ibu tetap dalam memoriku, malah ia juga kekal dalam memori Along dan angah walau pun hanya diberi peluang untuk beberapa tahun bersama arwah. Moga masakan dari air tangan kita juga akan kekal di dalam memori anak-anak.
Untk resipi Ikan bergaram boleh ke sini
==========================================
Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com
No comments:
Post a Comment