Ramai yang PM dan emel bertanyakan tentang bagaimana cara nak bisnes dari rumah.
Bagaimana nak jana pendapatan dari bisnes online dan masih bekerja.
Bagaimana nak bahagikan masa ya puan untuk siapkan blog?
Sebenarnya, bukan mudah untuk buat bisnes dan masih bekerja.
Perlu sanggup berkorban untuk capai matlamat kita. Perlu bijak merancang masa untuk kerja, keluarga dan bisnes.
Malah jika tidak bekerja pun jika tidak bijak merancang masa, kita tidak akan mampu untuk melakukannya. Perlu ada minat dan matlamat.
Ada antara protege saya yang tidak bekerja tetapi juga tiada masa waktu siang untuk siapkan tugasan. Mereka ini ada yang siapkan tugasan pada pukul 3 pagi ketika bangun untuk susukan anak. Ada yang akan korbankan waktu tidur awal mereka untuk siapkan tugasan kerana di waktu siang bergelut dengan anak-anak. Mereka ini adalah suri rumah yang mahu capai matlamat mereka walau ada halangan.
Saya sendiri ketika mula kelas blog waktu masih bekerja. Selalunya saya akan buat pada waktu malam. Dan sudah rancang untuk tulis apa entri seterusnya. Waktu hujung minggu yang lapang, saya akan schedule 2 atau 3 entri.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Mulakan dengan perlahan-lahan tetapi konsisten.
===============================
Untuk dapatkan lebih banyak tips bekerja sambil bisnes, kalian boleh dapatkan ebook terbaru kami, hasil perkongsian Pn Azura Abdullah
Buat pre-oder sekarang, kalian akan dapat ebook bonus 101 Idea Homebased Bisnes.
PROMOSI sehingga 20 Jun 2014.
"Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil."
~Pn Azura Abdullah
Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
SMS/whatsapp: 013 383 7768
No comments:
Post a Comment