Saturday, June 7, 2014

Pencarian Kek Butter

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Dua tiga hari ini asyik mencuba resipi kek butter.  Kek butter oren, kek butter biasa.  Saya sebenarnya tidak begitu menggemari kek butter.  Suka buat aje tetapi makan setakat sekeping dua aje.  Nasib baik si adik suka betul.  Rasanya dia yang banyak makan.  Yang lain-lain pun tidak begitu menggemari kek.

Dulu-dulu ketika anak-anak belum ada, saya jarang mencuba buat kek-kek walaupun saya suka makan kerana en suami tidak suka sangat makan kek.  Lagipun ketika itu oven pun tidak berapa okay.  Setelah saya ada oven dan anak-anak sudah besar sedikit, saya kembali sambung minat memasak dan mencuba resipi-resipi. Memasak perlu ada minat.  Kalau tidak ada minat hendak mula pun tidak tahu di mana.

Sekarang resipi semua di hujung jari.  Hendak masak rendang, klik google taip rendang.  Macam-macam blog, macam gambar keluar.  Tinggal hendak buat atau tidak aje.

Berbalik kepada pencarian kek butter.  Saya masih tidak berpuashati dengan hasil kek yang saya buat.  Resipi tu memang sedap tetapi rupa keknya saya masih tidak puashati.  Inshaallah, akan terus mencuba dan mencari resipi yang sedap.

Dari pencarian saya, tips yang dipesan adalah jangan memukul terlalu lama bancuhan butter.  Dan apabila memasukkan telur, gunakan kelajuan yang perlahan.

Bagi yang hendak mencuba, boleh guna resipi yang sangat mudah ini.  Saya ambil dari forum cari, perkongsian Bebop.  Ramai yang berikan testimoni yang bagus.

KEK BUTTER

(A)

250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)

5 BIJI TELOR

1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan pukul sehingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan bahan B satu-persatu.  Putar selama 4-5 minit sahaja dan sehingga adunan tidak berbintil.
3. Tuang adunan ke dalam pan 8 inci dan bakar dalam oven 160C selama 50-60 minit atau sehingga masak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...