Wednesday, March 5, 2014

Ambil tahu aliran wang, simpan dan lupakan

Teks: Aishah Hussein

Duit masuk dan duit keluar. Setiap hari bagai air yang mengalir.
Jika tidak bijak menguruskan aliran wang, sedar-sedar sahaja sudah habis duit dalam wallet dan akaun bank.
Setiap perbelanjaan harus dicatit.  Baik wang personal mahupun bisnes.  Buku 555 dibawa ke mana sahaja agar kita yang mudah lupa ini dapat terus merekod aliran kewangan kita.
Saya juga catit perbelanjaan harian ketika waktu bekerja dulu.  Tetapi apabila sudah berhenti kerja, terus abaikan buku catitan tersebut.  Pernah ketika harijadi saya dulu (tapi dah tak ingat tahun bila), si Along siap belikan buku lejar sebagai hadiah harijadi.  Waktu itu Along di sekolah rendah.  Bila ditanya kenapa along belikan buku ni untuk ibu, katanya sebab dia selalu tengok ibu catit RM RM dalam buku, jadi lebih mudah jika ada buku khas yang sudah ada "column" untuk semua itu.  Saya memang happy terima buku tu sebab saya memang guna.  Rupa-rupanya anak-anak memerhati apa yang saya buat :)


Kini saya kembali aktifkan diri untuk catit setiap perbelanjaan. Personal dan juga bisnes.  Perlu disiplinkan diri.

Pesan mentor saya, dapat duit simpan dan lupakan.
Kalau tidak, hujung bulan tak boleh reward diri sendiri atau anak-anak.

Pendaftaran untuk tarikh berikut masih dibuka:
24 mac 2014
dan 31 mac 2014
Isnin, 9.30pg-12.30tgh
dan juga setiap hari Isnin bulan April.

Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150)
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Untuk pendaftaran hubungi saya
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Bayaran terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...