Alhamdulillah. Selamat berhujung minggu bagi yang baru bermula. Bagi yang sudah bermula semalam, tinggal satu hari lagi untuk habiskan hari rehat bersama keluarga.
Sudah 2 hari bacaan indeks pencemaran udara tinggi. Moga hari ini lebih baik kerana semalam ada kawasan yang dikurniakan hujan.
Doa saya juga untuk penumpang dan krew pesawat Mas MH370. Moga mereka dalam keaadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarg masing-masing.
Bisnes Kedai Makan
Bisnes kedai makan memerlukan premis untuk disewa ataupun dibeli. Modal yang banyak juga diperlukan. Kebiasaannya sewa 3 bulan berserta deposit diperlukan untuk permulaan. Anda juga memerlukan sekurang-kurang seorang atau dua orang pekerja untuk permulaan bagi membantu menjaga premis kedai makan.
Bermacam-macam jenis kedai makan boleh diusahakan. Ia boleh dibahagi kepada beberapa kategori. Antaranya :
· Restoran – restoran 24 jam, Bisnes Makanan Pantai Timur, restoran nasi arab, nasi campur,
nasi lemak, masakan Thai, Satay, Roti Canai
· Gerai – goreng pisang, keropok lekor, minuman, buah-buahan, kuih-kuih, chow kue teow, burger, gerai rojak dan cendol, pasar malam
· Van/trak makanan(gerai bergerak) – nasi campur, nasi lemak, popiah, muffin, yong tau foo,
tau foo far, satay, ais krim
· kantin sekolah – menjual pelbagai mee, nasi lemak, kuih-muih dan makanan ringan
· kafe - kopitiam
· kedai makanan segera – makanan barat, pizza segera
· kiosk – makan frozen, menjual produk timur tengah, jeruk, buah-buah
· food court – nasi campur, nasi ayam, pelbagai mee
Waktu beroperasi bagi bisnes seperti ini ada yang bermula seawal subuh, ada yang hanya dibuka dari pukul 3 petang hingga tengah malam dan ada yang dibuka 24 jam.
Bagi yang memulakan perniagaan untuk hidangan sarapan, kerja-kerja pembelian bahan mentah harus dilakukan seawal mungkin, ataupun membuat stok sehari awal. Penyediaan masakan harus dimulakan seawal pukul 3 pagi.
Bagi yang beroperasi waktu petang, persediaan makanan boleh bermula sedikit lewat dari yang menyediakan menu sarapan. Walau bagaimanapun stok bahan mentah juga harus dilakukan lebih awal juga.
Sumber: Ebook 101 Idea Bisnes Makanan
*****************************************************
Masih mencari-cari idea untuk bisnes dari rumah?
Dapatkan pakej ebook ini untuk bantu kalian mengambil langkah pertama untuk bergelar usahawan dari rumah.
Hanya bayar harga untuk satu ebook, dapat 2 ebook.
Selagi promosi belum berakhir.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com
Atau bayar terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
PROMOSI 3 ebook hanya RM100
bayar terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
No comments:
Post a Comment