Tuesday, March 18, 2014

Masak cara bakar(baked) untuk jimat masa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Petang ni hujan lagi di bumi Shah Alam.  Terima kasih Allah.
Bila hujan, mata pun mula layu. Tetapi memikirkan banyak lagi tugasan yang menunggu, kuatkan semangat untuk tidak meletakkan kepala ke bantal.

Hari ni saya hendak berkongsi cara masak yang mudah untuk suri yang sibuk.  Suri yang duduk di rumah tetapi sibuk dengan tugasan.  Yang bekerja sudah tentulah sememangnya sibuk.  Tetapi suri di rumah juga tidak kurang sibuknya terutama yang bekerja dari rumah.

Walaupun duduk di rumah perlu sediakan menu untuk makan malam dengan mudah dan pantas.
Macam saya, ada hari yang saya perlu mengambil anak-anak di sekolah petang.  Jadi kadang-kadang kelam kabut mengejar solat asar dan memasak.  Perlu pula keluar rumah pada pukul 6 untuk ke sekolah si adik.

Bila tiba waktu macam tu, saya akan tukar cara masak saya kepada penggunaan oven atau pun slow cooker.  (Untuk slow cooker, saya pernah bagi tips di sini.)

Contohnya, saya akan masak kari menggunakan oven tetapi oven tersebut perlulah jenis yang ada timer dan akan off sendiri.  Apa yang saya buat ialah:


Baked Chicken Curry (Kari Ayam Bakar)
Bahan-bahan sama seperti masak kari menggunakan periuk (Resipi Kari Ayam).

Caranya:
Masukkan ayam, rempah kari yang telah dibancuh dengan air, daun kari, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Masukkan juga rempah seperti buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
Tuangkan santan jika suka.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180.  Bakar selama 45 minit atau mengikut kuantiti masakan yang disediakan. Kuantiti yang saya masak selalunya 12 ketul ayam.

Selepas saya masukkan ke dalam oven, saya akan gerak ke sekolah anak dan ia mengambil masa dalam 1 jam lebih untuk saya pergi dan balik.  Inshaallah sampai di rumah, Kari Ayam pun dah masak.  Rupanya masih sama seperti dimasak di dalam periuk cuma mungkin lebih sihat kerana kita tidak menggunakan minyak untuk menumis.

Kalau berani, boleh cuba cara ini.  Cara yang mudah dan cepat untuk ibu-ibu yang ala-ala sibuk seperti saya.

---------------------------------------------------------------------------------------



- Professional yang kesepian pelanggan untuk berkhidmat
- Penjual Produk yang tidak mahu lagi kerugian dengan stok produk di stor yang berlambak
- Pemilik Restoren yang sering menongkat dagu menunggu pelanggan masuk ke kedai makan
- Penulis yang menulis syok sendiri dan tidak dikenali ramai malah mengalami kerugian terhadap hasil cetakan yang tidak ada pembeli
- Penceramah yang kurang mendapat undangan
- Pakar Motivasi yang tidak mendapat jemputan dan tidak dikenali ramai
- Pemilik idea dan kepakaran yang hanya memendam idea dan kepakaran

Pilih antara lokasi ini:
MMU , Melaka (5 April 2014)
UTM KL, Kuala Lumpur (6 April 2014)
Kota Bahru, Kelantan (26 April 2014)

Hubungi saya untuk tempah tempat duduk anda sekarang.
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...