Thursday, March 13, 2014

Bekerja dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Ramai yang suri yang masih bekerja PM dan whatsapp saya bertanyakan tentang kelas online dan bekerja di rumah.  Peluang untuk menjana pendapatan dari rumah memang sangat luas, cuma perlu fokus dan bersungguh.  Saya cadangkan baca dulu ebook dari Puan Masayu Ahmad.  Saya sendiri sebelum hantar surat berhenti, saya mencari di internet tentang wahm.  Saya baca ebook janawang di rumah.  Kemudian mula dengan buat dropship produk buku/ebook serta produk sunnah.  Semuanya saya mula tanpa modal.  Modalnya hanyalah dengan beli ebook dengan harga tidak sampai RM50 ketika itu.  "Turning point" saya ialah apabila saya mula sertai kelas asas blog di bawah bimbingan Puan Masayu.  Baru nampak peluang-peluang bisnes dapat dijalankan hanya dari rumah.
Orang kata kalau nak buat, buat ajelah.  Jangan cakap aje, tapi tidak melangkah langsung.  Selagi tidak mula, kita tidak tahu pahit manisnya.  Tapi sebelum melangkah, perlu rujuk "CEO" ya. Saya mohon petunjuk dari DIA bertahun.  Alhamdulillah, saya tidak menyesal menghantar surat perletakan jawatan saya tahun lepas.

Apabila sudah pandai buat kedai online menggunakan blog, kita boleh buat seberapa banyak kedai lain.  Sama dengan fanpage.  Buatlah seberapa banyak (setakat ini fb tidak menyekat lagi).  Tetapi blog lebih selamat dari fanpage.  Fanpage dikawal oleh facebook.  Andai facebook meroyan, dia blok fanpage, habis macam tu sahaja.  Kalau blog, inshaallah setakat ini tiada gangguan.

Blog juga lebih senang ditemui di carian google.  Contoh blog saya, kalau kalian taip "resipi mudah" , "tips resipi mudah" dan "bisnes makanan", alhamdulillah  blog saya ada di 10 carian teratas.  Kita guna blog sebagai platform untuk mula.  Kumpul duit dulu.  Selepas cukup modal, boleh ambil platform yang berbayar lengkap dengan shopping cart.  Inshaallah, saya percaya kalau niat kita berhenti kerja untuk keluarga kita, Allah akan permudahkan jalannya.


Ulasan pelajar kelas asas blog, Pn Roselina Ghazali dari Akademi Bekerja di Rumah

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.
Sumber : http://roslinazali.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.
7. Tempahan blog bisnes/ blog penulisan
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
8. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin beli produk pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...