Alhamdulillah.
Ulasan dari Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.
Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.
BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri
4 perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.
Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business
Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html
*************************************************
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod
Modul 1 & 2:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.
Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung. Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.
No comments:
Post a Comment