Alhamdulillah.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat "Garlic Bread".
Saya suka cara yang ini sebab ia menggunakan minyak zaiton menggantikan butter. Lebih sesuai untuk mereka yang cuba mengurangkan kadar kolestrol dalam pemakanan.
Bahan-bahan:
Roti panjang seperti baguette
Bawang putih
Minyak zaiton
Kertas minyak
Oregano atau apa-apa sahaja herbs
Daun parsley atau sup
Cara-cara;
Saya kira roti, kalian boleh guna roti apa sahaja tetapi lebih sedap menggunakan roti panjang yang sederhana keras.
Belah roti secara memanjang dan dikerat melintang tetapi jangan sampai putus. Jika roti terlalu panjang, potong roti menjadi dua bahagian.
1. Bawang putih ditumbuk kasar.
2. Daun pasli dicincang halus
3. Masukkan kedua-dua bahan di dalam mangkuk dan tuang minyak zaiton dan digaul rata.
4. Lumurkan bahan ini pada bahagian tengah roti.
5. Setelah selesai, tuangkan minyak zaiton ke atas roti juga (ikut selera masing-masing, bagi saya memang suka. Lagipun minyak zaiton yang saya guna ini tidk berbau kuat sangat)
6. Taburkan oregano ke atas roti.
7. Masukkan roti ke dalam pan pembakar.
8. Basahkan kertas minyak dengan air dan tutup roti dengan kertas minyak ini.
Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan roti tersebut.
9. Bakar roti di dalam oven dengan suhu 170C selama 25-30 minit.
Roti akan kelihatan garing tetapi lembap di bahagian dalam.
Sesuai dihidangkan bersama sup berkrim seperti sup cendawan.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
"Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walau tidak disentuh api.." (AnNur:35)
Minyak zaitun, bergantung pada kadar dan jenis minyaknya. Yang dibuat dari zaitun hitam mampu memberi kehangatan sekaligus kelembapan stabil. Berkhasiat juga mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing.
Jenis yang sudah tua lebih panas dan lebih berkhasiat. Bila diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut namun lebih berkhasiat. Seluruh zaitun berkhasiat menghaluskan kulit dan melampatkan pertumbuhan uban.
Jus zaitun yang dimasukkan garam boleh menghentikan api, menguatkan gusi. Daunnya berkhasiat untuk menghadapi demam, kudis dan mencegah kering berlebihan.
Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi terbitan Al-Hidayah.
===================================================
Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.
Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!
Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.
Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Pakej Iklan
6. Borang Tempahan
Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!
Hubungi saya di Facebook: aishah.hussein7
email : noraisah.hussein@gmail.com
atau terus bayar di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
No comments:
Post a Comment